lieya here ^-^

My photo
hanya meluah segala buah fikiran yg agak kalut ... huhu .. dan meluahkn sglanyer dri sudut hati lieya .. lieya just want to be a simple person for everyone who know about me .. ngee ~!

teman-teman lieya

Diary Ramadhan #Day 11

 

Assalamualaikum. :)

nothing. just want sharing something nice. :D [tunggang langgang kut english aku]

 

560890_473597422652416_1186776376_n

^^

kita sekarang nie dah masuk fasa ke2 iaitu fasa keampunan.

macam mana semua? dah ready ke?

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Teka-Teki #1 : Asah Minda

 

Assalamualaikum. =)

Petang nie lieya nak buat teki-teki.

siapa yang dapat jawab teka-teki yang lieya bagi nie lieya akan letak blog dia dalam bloglist lieya selama sebulan.

Amacam? korang nak tak?

ok. dah ready ke kawan-kawan?

before that, sila click sini dan sini dulu.

jom lihat gambar ini…

 

539015_10151061052528360_712378961_n

2 + 5 = 10

8 + 4 = 96

7+2 = 63

6 + 5 = 66

jadi

9 + 5 = ???

 

siapa dapat jawapan dia sila komen jawapan anda dan tinggalkan link blog anda [tak perlu buat entry, hanya tinggalkan url blog sahaja]. :D

Tamat malam esok~ :)

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

 

 

 

Diary Ramadhan #Day 10

 

Assalamualaikum. =)

malam nie sayu jer hati lieya.

pagi esok dalam pukul 5 pagi, abang lieya yang sekarang nie berada di Mesir akan berangkat untuk berjumpa dengan kekasih yang tidak mati dan tidak hancur.

terasa sayu bila mendengar suara mummy yang seakan-akan menahan tangis tika berbual dengan abang lieya.

terasa sayu bila mummy menumpahkan air matanya tika tadarus.

lieya tahu mummy mahu menangis dengan apa yang diperkatakan oleh abang lieya.

lieya tahu mummy sedih mendengar suara abang lieya memohon ampun atas kesalahannya.

dan lieya bertambah sayu bila abang lieya bercakap dengan lieya.

“assalamualaikum”

“waalaikumsalam”

“nie sapa? akak ke aya ?”[lieya bahasakan diri lieya dengan keluarga dengan nama aya]

“aya lah”

“afiq nak minta maaf kalau ada silap selama ini. halal segala hutang ye”

“aya pun minta maaf juga kalau ada silap. halal semua ye”

“nak minta maaf juga sebab tak boleh nak bawa balik tudung yang aya pesan tue. lain kali ye aya”

“tak apa lah”

“aya jangan nak lawan kata ma ye. mak kita tue, kite kena lah jaga hati dia. dia yang jaga kita selama nie. kalau boleh bila ma suruh buat terus ye”

…………..

“insyaallah”

bila dengar pesanan dari abang lieya, rasa sebak sangat dekat dada.

Ya Allah, Kau panjangkanlah umur abang lieya. Kau selamatkanlah perjalanannya dalam menemuMu Ya Allah.

Ya Allah, jangan biarkan hambaMu itu tidak sempat untuk menatap wajah ibunya lagi. jangan biarkan hambaMu itu tidak sempat untuk mengucup tangan dan muka ibunya lagi.

kawan-kawan, lieya tidak berharap tapi besar manalah doa itu untuk diungkapkan. hanya secebis doa lieya harapkan dari semua untuk abang lieya yang akan berangkat ke Makkah.

semoga Engkau permudahkan perjalanan Afiq Hazim bin Ab Rahim dalam bertemu denganMu. Amin.

 

524033_401904603205725_1003780615_n

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

taip juga entry nie biar pun dengan menahan air mata dari mengalir.

Ingat Senang ke?

 

Assalamualaikum. =)

625620_278027352313543_1938404918_n

credit to http://fatinhambahina.blogspot.com.

ingat senang ke nak minta apa-apa dari Allah.

nak minta dengan manusia pun kita bersungguh-sungguh tak kan lah bila nak minta dengan Allah kita buat sambil lewa jer.

nak doa pun kena khusyuk tau. bukan solat jer kena khusyuk.

nie masa solat pun boleh lagi fikiran melayang apatah lagi berdoa, confirm tengah teringatkan apa yang nak buat lepas nie, kan?

“Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentangKu, katakanlah bahawa sesungguhnya Aku ini dekat, Aku dapat mengabulkan permohonan orang yang berdoa padaKu jikalau ia telah memohonkan itu padaku,…”

[Al-Baqarah : 186]

tapi ingat, Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. jadi bila doa kita tidak dikabulkan itu bermakna ada yang terbaik untuk diri kita dari apa yang kita minta itu. :D

 

Salam Ramdhan ke-10. :)

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

 

 

 

 

 

Yahooo~ *Senyum Sampai ke Telinga

 

Assalamualaikum. =)

Petang nie lieya happy.

Happy sangat-sangat.

sebab hand phone lieya yang rosak hari tue [baca entry ini] dah siap baiki. :D

Alhamdulillah.

Kalau tak dapat baiki tue memang merana lah lieya.

tapi, lieya still lagi sedih.

sebab memory card lieya masuk virus dan lieya still tak dapat nak buang virus tue.

ada siapa tahu macam mana nak buang virus yang folder dia tak boleh nak delete tue?

kalau ada comment tau.

lieya sayang lah memory card tue. dah lah 8gb. banyak tue. tak kan lah nak biar kan macam tue jer. beli pun mahal.

kalau ada sape-sape yang tahu komen tau.

lieya dah penat cuba bermacam-macam cara tapi still tak dapat buang virus tue.

please somebody help lieya. :(

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Resepi #1 : Ayam Masak Merah + Halia

 

Assalamualaikum. =)

Hari nie lieya nak kasi korang semua satu resepi.

erk? macam tak percaya jer lieya nak kasi resepi, bukan nya pandai masak sangat pun.

hehehe. kalau ada silap harap tegur ya.

kali nie lieya kasi resepi Ayam Masak Merah + Halia. [nie resepi dari mummy lieya tau]

cara dia sama jer dengan ayam masak merah cuma yang tambah halia jer. :)

 

download

credit to pakcik google. [kalau yang selalu mummy lieya masak memang nampak lain sangat dengan gambar dekat atas nie]

Bahan-bahan.

  1. 6 ketul ayam (untuk 3 orang makan)
  2. 3 biji bawang putih (dihiris)
  3. 1 biji bawang besar (dihiris)
  4. 3 biji cili api
  5. 2 inci halia (dihiris)
  6. gula secukup rasa
  7. sos cili

 

Cara menyediakan:

  1. Gaulkan ayam yang telah dibersihkan dengan kunyit dan garam.
  2. Goreng sehingga masak kemudian ketepi.
  3. Panaskan minyak dalam kuali yang berlainan.
  4. Tumiskan bawang butih dan halia yang telah dihiris, kemudian masuk pula bawang besar dan cili api ke dalam kuali. (tunggu sehingga nampak daun bawang hampir masak)
  5. Masukkan gula dan sos cili secukup rasa. (kalau nak lagi sedap masukkan perencah penyedap makanan)
  6. Kacau sehingga sebati dan kemudian masukkan ayam yang telah di goreng ke dalam kuali tersebut.
  7. Kemudian kacau sehingga sebati dengan ayam tersebut.
  8. Angkat dan siap!. :D

 

Sekian Dari Chef Lieya [ceh, perasan nya kau lieya. :P]- jom buat untuk buka nanti.

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Diary Ramadhan #Day 9

 

Assalamualaikum. :D

Hari nie lieya moody sikit.

hurmm. masa buka puasa dengan solat terawih pon lieya tak banyak cakap.

habis solat terawih, mummy cakap nak singgah pasar malam kejap. nak beli kain sembahyang kata mummy.

sampai dekat pasar malam ramai nya orang memang tak tahu nak cakap apa.

solat terawih ke tak dia orang semua nie.

fikir baik lieya. :)

dia orang solat terawih cuma cepat habis jer. owh… :D

ronda-ronda kejap then terus balik ke rumah memandangkan daddy dah merungut lapar.

al-maklum lah berbuka tadi pun dengan kuih jer. mana nak kenyang nya.

hari nie mummy lieya masak nasi kerabu.

dah lama tak makan yang mummy lieya masakkan. sedap sangat. :D

mummy cakap dekat lieya yang daddy tanya kenapa lieya senyap jer hari nie. mummy pun jawab yang lieya kena serangan angin timur laut.

haishhh. macam-macam lah mummy nie.

Alhamdulillah. malam nie tadarus dah baca sampai juz 9. dalam mengantuk mummy, dalam terlena nya daddy tika tadarus akhir nya berjaya juga kami sekeluarga menghabis kan 1 juz. Alhamdulillah.

:D

ok lah. nanti lieya sambung lagi ya.

images (1)

----> Iklan 2 minit <-----

 

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Dia Ada Hak Nak Marah Lieya?

 

Assalamualaikum. =)

Hari nie memang lieya tengah bengang gila dengan dia nie.

siapa dia nie?

cuba baca entry ini, ini dan ini 

boleh pula dia kata dia berhak marah lieya setelah apa yang dia dah buat dekat lieya selama ini.

aduiii. pelik betul la manusia sorang nie.

siap cakap lieya maki hamun, caci maki dia lagi.

padahal apa yang lieya cakap dekat dia semua nya hakikat yang sebenar-benar nya.

habis tue, lieya nie tak berhak lah nak marah dekat dia yang janji segala macam dan tak tunai kan.

lieya tak berhak lah nak marah dekat dia yang dah pinjam duit lieya yang banyak tue dan tak bayar balik.

memang orang macam nie tak boleh percaya langsung.

ikut kan hati, dah lama lieya buat report sebab dia nie makan duit orang dan penipu besar.

tapi lieya sabar tau.

sabar sangat-sangat.

tapi sabar lieya nie dia pijak-pijak macam lieya nie tak ada maruah langsung.

tapi sabar lieya nie ada tahap nya.

jangan sampai lieya report dekat kedutaan dan buang dia dari Jordan.

Astargfirullah Al-Azim.

nasib baik lah nie bulan puasa. kalau tak memang teruk lah dia kena.

ok lah. lieya off to solat asar jap.

sabar jer. sabar kan sebahagian daripada iman. :’)

 

428942_262567633858107_444792491_n

 

 

regards,

lieyasyaira

Diary Ramadhan #Day 8

 

Assalamualaikum. =)

Alhamdulillah. hari nie kita dah masuk hari yang kelapan berpuasa. :)

makna nya lagi dua hari kita nak menghabis kan fasa yang pertama.

apa fasa pertama nie?

fasa pertama nie ialah fasa kerahmatan. dan ianya berada di malam 10 malam pertama. masa nie lah kita nak minta rahmat yang cukup besar.

ok.

malam tadi terawih di Qaryah Ramadhan.

Alhamdulillah. still lagi dapat merasa solat terawih yang menusuk ke hati.

lepas terawih ada Akademi Tarannum.

ingat dapat tengok tapi tak dapat sebab daddy nak balik awal.

ok lah. mengantuk sudah. :D

jom get ready untuk fasa yang kedua. :D

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Diary Ramadhan #Day 7

 

Assalamualaikum. =)

actually, lieya da tak tahu nak kongsi apa.

selalu nya lieya tulis benda yang sama jer. [sila baca entry-entry yang lepas ya]

hehehehe.

ok lah. tak da pape malam nie.

cuma nak cakap yang lieya dah mula nak menjahit baju kurung sendiri.

doa kan moga lieya berjaya tau.

nanti dah siap lieya post baju kurung yang lieya jahit sendiri ya. :D

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

 

 

 

Segmen by I Love Sleep : Cerita disebalik Gambar.

 

Assalamualaikum. :P

lagi?

dush dush dush. jangan banyak bunyi lah. hahaha. :P

 

road-sad-teddy-bear-17347

click picture if you want to join. [ewah, speaking kau lieya :P]

tamat : 3 September 2012

 

setiap hari aku melihat

melihat ke jalan yang sama

jalan yang entah bila akan ada penghujung nya

lalu aku berjalan perlahan

perlahan menapak dengan satu harapan

harapan agar aku terus bersabar

bersabar dalam melalui jalan ini

jalan yang penuh dengan onak dan duri

aku takut

takut seandai nya aku tersungkur di perjalanan ini

takut seandai nya aku tidak kuat dalam perjalanan ini

takut seandai nya aku tenggelam jauh dari perjalanan yang aku harapkan

lalu aku tercari-cari

tercari-cari insan yang mungkin mampu untuk menolong

tercari-cari insan yang mungkin mampu untuk setia bersama

tercari-cari insan yang ingin berjuang bersama di perjalanan ini

namun aku hampa

insan yang aku cari tidak mungkin akan kunjung tiba

lantas aku sedar

aku harus meneruskan perjalanan ini berseorangan

walau badai melanda

walau air mata darah menitis

walau hati terluka

sehinggalah aku sedar

sedar yang aku tidak pernah berseorangan dalam perjuangan ini

aku ada Dia di hati ku

Dia yang sentiasa mendengar rintihanku

Dia yang sentiasa ada untukku

aku harus meneruskan perjuangan ini kerna aku tahu

tahu yang Allah sentiasa dekat denganku.

 

HAK CIPTA TERPELIHARA LIEYASYAIRA

 

 

regards,

lieyasyaira

p/s : hidup masih panjang, andai tersungkur bangkit, bangkit dan bangkit.

 

 

Segmen : Up Followers Blog + Twitter By AimanAziz

 

Assalamualaikum. =)

lieya join segmen lagi. [pagi betul kau lieya] semangat tau. :D

segmen up

click banner if nak join. :D

 

Link Blog : http://bicarahiduptentangaku.blogspot.com – 220 followers

Link Twitter : https://twitter.com/liesyeira – 47 followers

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Diary Ramadhan #Day 6

 

Assalamualaikum. =)

hari nie dan hari-hari seterus memang lieya dan family tak akan berbuka di masjid da. kenapa? sebab kalau berbuka di masjid takut pula tercekik tulang ayam ikan segala bagai tue semata-mata nak kejar solat maghrib berjemaah.

so, solution dia daddy kata berbuka di rumah then pergi ke masjid yang lambat mula solat maghrib. lepas tue terus ke Qaryah Ramadhan.

hari nie hari perasmian Qaryah Ramadhan. Tuan Guru Nik Aziz yang merasmikannya.

hari nie lieya dan family terlambat sikit jer sampai di Qaryah tue tapi ya Allah, ramai nya memang tak tahu nak cakap apa.

selalu nya lieya dengan mummy solat dekat dalam. tapi malam nie lieya dengan mummy terpaksa solat di luar di sebab kan ruang solat tue telah di penuh dengan muslimat-muslimat lain. sampai kan terpaksa hampar tikar untuk yang sampai lewat dan tak dapat tempat dalam saff solat.

ramai sangat. mungkin sebab ada tuan guru tue yang ramai tue.

esok di Qaryah, program sepetang bersama Imam Muda Fakhrul.

siapa blogger yang duduk di kelantan, jom kita ramai-ramai memeriahkan Qaryah Ramadhan kita tahun nie. :D

sapa nak dapat canon free? click sini.

 

 

 

regards,

lieyasyaira

p/s : abang lieya yang di mesir belum berangkat ke makkah lagi. ingat kan da pergi da. rupa nya tiket tunda. patut lah selalu nampak dia on9.

Aku Terjah! Aku Follow! Apakah Itu?

 

Assalamualaikum. =)

blogheader

click banner if nak join. ;)

Kenapa aku terjah?

Sebab lieya suka blogwalking entry dia orang. dan entry dia orang tue semua nya menarik.

Kenapa aku Follow?

Sebab lieya rasa nak follow. hahaha. tak ada lah. sebab lieya rasa ada entry yang pelbagai dan blog pon ringan, so, lieya follow la. :)

 

segmen-#1

Tags :

  1. niesa 
  2. لين
  3. dan miss mieza 
  4. dan semua follower lieya syaira

cuba korang click sini. :D

 

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Spontaneous Thursday #3

 

Assalamualaikum. :D

 

483900_432293076808823_559672661_n

hahahaha.

jom tolong lieya. click sini, sini dan sini. [terima kasih. sayang korang ketat-ketat tau. :P]

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Jom zoShare. ^^

 

Assalamualaikum. :)

Apa zoShare nie?

zoShare nie adik-beradik says, churp-churp dan segala bagai lah. lieya pun baru tau pasal zoShare nie. dan zoShare nie baru sangat-sangat.

zoShare nie senang sangat. kita keluarkan iklan dan bila dah mencecah RM 20, kita dah boleh nak cash out. tue yang paling minimum yang kita boleh cash out.

bila korang sing up, korang akan dapat bonus RM 5 dalam akaun korang.

tak percaya?

cuba la korang join.

click sini kalau korang nak join.

earning pun laju jer naik kalau korang rajin keluarkan iklan.

apa lagi?

jom la join zoShare. ^^

jom tolong lieya, click sini, sini dan sini. [sayang korang ketat-ketat.]

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

6 Sifat Golongan Orang Beriman

 

Assalamualaikum. :D

 

“Wahai orang-orang yang beriman! Barang siapa di antar kamu yang murtad (keluar) dari agamaNya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya dan bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah yang diberikanNya kepada siapa Dia menghendakiNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya), Maha Mengetahui.”

[Al-Maidah : 54]

 

Pertama : Allah mencintai mereka. :)

Allah cinta pada kita. Allah cintakan setiap hamba nya. tapi, adakah kita ini layak untuk dicintai oleh Allah setelah diri kita berlumuran dengan dosa? Tanya pada diri. Kita ingin kan cinta Allah tapi dapatkah Allah mencintai kita dengan diri kita yang selalu melakukan dosa?


Ada 1 kisah. Suatu ketika di medan Khaibar, ketika Rasulullah mengkhabar kan tentang penyerahan panji dan bendera kepada seseorang yang sangat dicintai oleh Allah SWT.

Rasulullah SAW berkata,

Sungguh, aku akan menyerahkan panji ini besok, – dalam riwayat lain disebutkan beliau telah bersabda, ‘ Sungguh laki-laki itu akan mengambilnya –kepada laki-laki yang dicintai Allah dan RasulNya.”

“Malam harinya, semua orang tidak dan memikirkan siapa di antara mereka besok akan diserahkan panji itu.”

Bahkan Umar Bin Khattab berkata,

“Aku tidak mengharapkan kepimpinan kecuali saat itu.”

Keesokkan nya Rasulullah menyerahkan panji tersebut kepada seseorang yang sangat dicintai oleh Allah iaitu Saidina Ali.


Sampai begitu sekali pemilihan penyerahan panji tika itu. Kita? Apa yang boleh melayakkan diri kita untuk menjadi hamba yang dicintai Allah SWT?

 

Kedua : Mereka juga mencintai Allah SWT.

Ungkapan senang untuk diucap.

“I Love Allah”

“Saya Cinta Akan Allah”

namun adakah ibadah kita ikhlas hanya untuk Allah?Sedangkan dalam solat pun sempat kita berfikir tentang apa yang akan kita lakukan selepas ini.

namun adakah ungkapan itu menusuk ke kalbu kita?

 

Ketiga : Bersikap lemah-lembut terhadap orang-orang beriman.

Lihat pada diri kita sendiri.

Adakah kita tak pernah bergaduh dengan sahabat kita? Pernah kan?

Dengan sahabat pun kita tak mampu nak berlemah-lembut macam mana kita nak berlaku lemah-lembut dengan masyarakat sekeliling.

 

Keempat : Bersikap tegas terhadap orang-orang kafir.

Jangan berlembut dengan orang-orang yang bukan Islam.

Kena ada sikap yang tegas bila berdepan dengan mereka.

Andai kita lembut, kuatir akan terjatuh ke tangan mereka.

 

Kelima : Yang berjihad di jalan Allah.

Jangan gentar untuk melaungkan Takbir di hadapan musuh sahabat sekalian. :)

Andai di bunuh di jalanNYA, syurga ganjarannya. Apa lagi yang kita impikan selain syurga sahabat sekalian?

Ingatlah, akan tiba suatu masa nanti Islam pasti akan menang. Insyaallah.

 

Keenam : Yang tidak takut terhadap celaan orang-orang yang mencela.

 

Sekian dari lieya.

yang mana yang baik datang dari Allah, yang buruk itu adalah dari diri lieya sendiri.

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

 

 

 

 

 

 




 

Diary Ramadhan #Day 5

 

Assalamualaikum. =)

Semalam lieya berbuka di rumah. tapi macam tak dijemput jer berbuka di rumah. hurmm

tapi tak apa. lieya langsung tak kisah.

termasuk semalam dah 2 hari hujan lebat time berbuka. Alhamdulillah. Rahmat Allah. :D

semalam, disebabkan lieya tak ikut mummy berbuka puasa di masjid so, lieya kena lah ikut kakak lieya solat terawih di surau dekat taman perumahan lieya nie.

not bad la. biar pun tak boleh nak tanding dekat Qaryah Ramadhan tue.

dan malam tue lepas terawih seperti biasa tadarus dengan family lieya.

yang lucu nya, mummy dengan daddy lieya selalu jer nak bergaduh dalam mencari kesalahan masing-masing dalam tadarus.

:D

happy bila berada dalam suasana macam tue.

tunggu abang lieya seorang lagi balik malaysia baru lah meriah sikit rumah.

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

p/s : kepada abang lieya yang sedang menjalani ibadah puasa sambil membuat ibadah umrah, semoga selamat dalam perjalanan ya. jealous nya, lieya dah lama teringin nak bertemu dengan kekasih kita yang Satu tapi still lagi tak ada rezeki. tak apa lah. nanti ada lah tue rezeki lieya. Amin.

 

Segmen Saya Blogger Awesome + Cool

 

Assalamualaikum. =D

lieya nak join segmen nie pula.

lagi pun memang lieya nie AWESOME + COOL. teeetttt. [ceh, perasan gila kau lieya. :P]

click banner if nak join. :D

so, apa lagi? jom join ramai-ramai. :D

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

p/s : lieya da follow kamu. #811

Wordless Wednesday #5

 

Assalamualaikum.

Awal benor kau lieya update wordless wednesday nie.

dush dush dush. jangan banyak komplen. nasib baik lieya ingat nak update tau. jom tengok apa dia.

 

561063_347151038696357_1368754131_n

erk? =_=’

-----> Iklan kejap <----- [click kalau kamu sayang lieya. :P]

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Diary Ramadhan #Day 4

 

Assalamualaikum. ツ

tak ada benda nak cerita sebenar nya. cuma semalam hujan lebat sangat.

masa on the way ke Qaryah Ramadhan tue, dah nampak dah langit gelap. tetap juga nak pergi sebab imam terawih baca best biar pun lama.

5 minit sebelum berbuka, hujan turun dengan ribut yang kuat.

semua yang duduk di bahagian tepi terus melarikan diri masuk ke dalam.

basah. bukan setakat basah, banjir sekali dekat khemah tue.

ok. stop cerita pasal hujan.

lepas habis solat terawih, lieya keluar lah dari tempat solat tue dengan mummy lieya.

tengok-tengok selipar.

cari-cari selipar.

tak jumpa.

rasa nya lieya da letak dekat tempat yang sama.

mummy lieya sempat cakap dekat lieya, balik dengan kaki ayam jer la.

haishhh. nie yang bikin hati lieya panas nie.

lieya tak putus asa. lieya cari juga. lieya pergi dekat sudut then JUMPA!

ayoyo. makcik pakcik, kalau nak guna selipar lieya, lieya kasi jer. dengan ikhlas hati lieya kasi pinjam untuk ke tandas tapi letak lah dekat tempat asal.

ponat eden mencari nyo~ [haaa~ kan dah ‘ter’cakap loghat negeri sembilan]

ok lah.

nanti lieya sambung lagi ya. :D

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira.

Review Blog : Follower ke-200 Lieya

 

Assalamualaikum. =)

petang nie lieya nak review blog. siapa kah yang bertuah?

jeng jeng jeng.

FOLLOWER.

lieya nak review blog follower yang ke-200!!!

siapa dia?

Id Follower dia Miss Cat. dan ini blog Miss Cat.

header

click header kat atas nie untuk ke blog miss cat. :)

blog yang comel.

haaa~ one more. dia still newbie lagi. so, apa lagi. jom kita pakat-pakat follow dia.

miss rabbit a.k.a lieya dah pon follow blog dia. :D

jom ramai-ramai terjah blog dia.

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira,

p/s : selamat berbuka puasa miss cat. :D

Sabarlah Wahai Hati. ;’)

 

 

Assalamualaikum. :’)

 

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung.”
[Al-Imran : 200]

 

Sabar biar pun hati tengah berdarah.

Sabar. Sabar. Sabar.

Akan ada hikmah nya lieya dia buat macam tue.

Ingat janji Allah, lieya. pasti Allah akan memberi ganjaran kepada hamba-hambaNya yang bersabar.

kalau ikut kan hati memang lieya da tampar-tampar pipi dia. da tarik-tarik rambut dia. da maki hamun dia depan orang ramai. tapi lieya tahu segala perbuatan lieya tue tak disukai Allah. jadi, SABAR.

ermm. kenapa lieya marah sangat nie?

lieya bukan nak burukkan dia tau. tapi memang lieya da tak mampu nak pendam da dekat dalam hati lieya nie.

someone nie, dia dulu memang baik sangat dengan lieya. lieya pun tak tahu apa motif sebenar dia. lieya just think positive jer la time tue.

dia tak ada kawan, kena kutuk dengan orang ramai. kena pulau. so, tak kan lah lieya nak pulau kan dia juga kan. da la lieya tinggal satu asrama dengan dia.

tapi, lama-lama baru lieya sedar.

seorang sahabat akan tegur diri lieya bila lieya leka dan alpa.

seorang sahabat akan bagi contoh yang terbaik untuk lieya ikuti dia.

tapi, mana ada semua tue.

entah lah. *sigh*

semua orang tengah marah dengan dia.

kenapa?

sebab dia kalau pasal duit memang celik mata dia luas-luas lah.

banyak benda yang dia da tipu lieya dan kawan-kawan lieya.

dan banyak juga duit lieya dan kawan-kawan lieya dia pinjam. kalau sikit lieya tak kisah tapi bila dah mencecah seribu plus plus memang lieya angin lah kalau dia tak nak bayar. sampai sekarang pun tak bayar lagi.

bila bercakap nampak macam wali tapi jangan cuba bermain dengan kata-kata dan dalil-dalil al-quran andai tak tahu apa makna nya.

tapi, bila difikir kan balik.

kenapa orang ramai pulau dia?

kenapa orang ramai bercakap pasal dia?

pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin.

jadi, apa yang orang lain kata yang dia makan duit orang tue betul lah, kan?

apa yang orang kata dia kuat menipu betul lah, kan?

ya Allah.

lieya stop dulu. malas nak membangkit kan lagi amarah yang ada dalam diri.

moga Allah memberi kesabaran yang maksimum pada lieya.

 

sabar-ujian

*credit to iluvislam.com

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

p/s : ingat senang ke nak sabar. tapi apa yang boleh lieya buat. lieya hanya mampu sabar. Insyaallah, janji Allah itu pasti.

off to asar. jom solat~ :D

 

 

 

Don’t Judge a Book by It’s Cover

 

Assalamualaikum. ;)

macam mana puasa hari nie? semua ok ke? Alhamdulillah.

kali nie lieya nak share 1 post yang lieya jumpa dekat facebook.

fb 1

apa lagi yang Lia kata? jom lihat sini.

fb 2

Istighfar lieya baca post nie.

fb 3

tengok. last sekali Lia tue da tak mampu nak jawab apa. Tahniah pada Suri sebab dah cuba yang terbaik untuk bagi nasihat pada si Lia nie.

haaa~ satu lagi.

sebelum nak post apa-apa dekat facebook tue cuba lah fikir dulu. nie tak main terjah jer.

Syurga Neraka bukan di tangan kita. Semua nya di tangan Allah.

please~

mungkin bukan semua wanita berhijab mempunyai iman yang mantap tapi mereka semua telah sedaya upaya untuk berlaku baik. Mana ada manusia perfect di dunia.

tak semua yang betul. dan hamba Allah itu tidak pernah lari dari berlaku kesilapan.

sekian tazkirah asar dari lieya~

-----> Iklan kejap <-----

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Diary Ramadhan #Day 3

 

Assalamualaikum. :D

Semalam lieya dan family lieya buka puasa dan solat terawih di Qaryah Ramadhan di perkarangan Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, Kelantan.

Sampai sahaja kat sana, terpana kejap lieya. Ramai yang amat rakyat jelata di sana. [padahal dah datang awal dah]

tak percaya?

cuba tengok nie.

berbuka puasa di qaryah ramadhan kelantan 1432 stadium sultan muhammad ke 4

gambar belas ihsan dari *pak cik google

hah~ percaya pun. :P

solat terawih pun penuh jer khemah tue.

284257_10150279121108340_4130101_n

gambar belas ihsan *pakcik google

ya Allah. damai nya hati lieya ketika solat terawih tue. Alhamdulillah. :)

balik dari solat terawih daddy tiba-tiba jer buat muka masam. *merajuk dengan mummy la konon.

huhuhu.

kenapa?

sebab sudah 2 malam family lieya tak tadarus. alasan mummy, mummy ngantuk. tue yang sampai daddy tarik muka masam tue. :D

lastly, mummy terpaksa mengalah dan tadarus habis dalam pukul 12.30 pagi.

huihhh~ ngantuk tau.

ok lah.

nanti lieya update lagi diary ramadhan lieya nie ye.

-------> Iklan kejap <------

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

 

Segmen : Misz Mieza Nak Promote Blog Anda!

 

Assalamualaikum. :)

mood : nak join segmen. [wah, pagi betul kau lieya nak join segmen!]

dush dush dush. jangan nak membebel pula kat sini. :P

NEW-HEADER_2

click banner if nak join. :)

best apa ada orang nak promote blog kita. lagi blog lieya yang kurang segala macam nie. :D

 

dateline : 25 August 2012 ( 11.59 pm)

 

 

regards,

lieyasyaira

Diary Ramadhan #Day 2

 

Assalamualaikum. :)

sebenar nya semalam lagi lieya nak update tapi tak sempat. hurmm

semalam umat islam di malaysia telah pun berpuasa. kalau di timur tengah start hari jumaat lagi tau.

ok. pagi semalam, daddy telah mengisytihar kan satu peraturan baru dekat rumah.

apa?

SEMUA KENA PERGI SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI MASJID. :D

huhuhu. then, lieya pun pergi lah dengan family lieya. Alhamdulillah. Syukur sangat dapat berjemaah di masjid.

yang paling tak tahan nya. waktu subuh kan still tak ada orang lagi di jalan raya, so, dengan selamba nya daddy telah melanggar traffic light. [nak cepat punya pasal]

39700_423192879799_8328130_n

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Sedih nya Hati. :’(

 

Assalamualaikum. :(

pagi-pagi lagi dah buat lieya sedih.

sedih sangat.

kenapa?

sebab hand phone lieya rosak. blank jer. gelap jer. :(

lieya bangun jer tadi terus tengok hand phone. kenapa hand phone nie nampak gelap jer. lieya tekan button on pun tak nyala juga. dalam otak fikir mungkin habis bateri. lieya pergi lah charge. tapi tak nyala pun. sedih nya. :’(

dah lah hand phone kesayangan. hand phone tue abang yang bagi. pakai pun tak sampai setahun lagi. dah rosak dah. uwaaaaaaaa~ sedih nya. :’(

abang. sorry. sebab tak jaga hand phone tue dengan elok. tak tahu nak cakap macam mana dengan abang. :(

ermm. :’(

kawan-kawan semua. boleh tolong lieya tak?  tolong click semua iklan di blog lieya nie. lieya tak nak abang tahu. so, lieya fikir lieya nak kumpul duit dari situ. tolong ya kawan-kawan. :’)

 

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

p/s : abang, nak samsung Galaxy. :P [sempat lagi ya kau lieya time tengah sedih-sedih nie]

Vote Lyssa Faizureen

 

Assalamualaikum. :)

Nak dapat RM300 Voucher dari Levi's tak ?? jom ramai-ramai kita vote lyssa. ^^

lieya paling suka tengok gambar lyssa yang nie.

V3

nampak ayu gitu kan cik lyssa kita nie. :D

ok. macam mana nak undi si gadis comel nie?

 

cara mengundi :

1. Anda WAJIB ke link ini --->  http://www.eh.com.my/levis-curve-id-blogger-award-undi

2. Tekan LOGIN di bahagian kanan PC anda .

3. Register terlebih dahulu !

0v2

4. Isi apa yang patut . Dan sila check email anda selepas registration successfully. Click Here yang Lyssa anak panahkan tu untuk activation link.

0v1

5. Kemudian , korang LOGIN balik menggunakan email yang korang register tadi tu .

6. Tekan nama "LYSSA" . Scroll down sampai bawah dan TEKAN VOTE !

 

so, apa lagi. jom lah cepat vote si adik cantik nie. :P

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

p/s : done vote and good luck ya lyssa. :D

Doa~

 

Assalamualaikum. :)

images

 

^____^

 

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Diary Ramadhan. #Day 1

 

Assalamualaikum. =)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. ^^

haip. :P mesti semua orang dah selesai solat terawih kan? berapa rakaat? mesti 20 kan? ngaku jer lah. kamu semua kan budak rajin dan budak baik. mesti buat 20 kan? :P

hehehe. :D

happy. itu jer yang mampu lieya luahkan buat masa sekarang. why? sebab lieya still lagi boleh berpuasa. still lagi boleh bersolat terawih dan still lagi boleh bertadarus bersama keluarga. :) Alhamdulillah.

tak tahu nak tulis apa untuk diari hari ini.

cuma nya, tadi lieya ingat terawih kat masjid tadi buat 8 rakaat jer tapi buat banyak sikit dari 8. [bukan ke tahun lepas pun kau solat terawih dekat masjid tue ke? buat-buat tak tahu pula lieya nie. :P] bukan buat-buat tak tahu tapi lieya lupa la. :P daddy kata esok dekat masjid lain pula. daddy kata tahun nie daddy nak buat kembara terawih di seluruh masjid di kota bharu. best nya~ entah masjid mana la pula daddy nak bawa lieya sekeluarga esok.

tadarus malam ini tak sempat nak buat. memandangkan lieya sekeluarga sampai di rumah dah pukul 11 lebih. mummy pun dah mengantuk sangat. so, tadarus DITUNDA pada pagi esok selepas subuh. :) harap dapat habiskan 30 juzu’ seperti tahun lepas juga. Insyaallah. :D


for abang, mesti abang penat kan? baru sampai rumah terus pergi masjid untuk terawih. tak apa abang. mujahadah itu kan manis. :)

well, salam ramadhan al-mubarak abang. :D


“Moga Allah menjadikan Subuhmy CAHAYA, Zohormu GEMBIRA, Asarmu BAHAGIA, Maghribmu KEAMPUNAN, Isyakmu KEBERKATAN. Dan doamu tidak ditolak, Dan diluaskan rezekimu, dan ianya tidak diambil balik. Dan dibuka padamu pintu syurga tanpa sempadan. Andai ini Ramadhan terakhir buat kita, moga ianya dipenuhi keberkatan Ilahi. Laluilah Ramadhan dengan hatimu bersujud hanya kepada Allah. =)”

*sebelum tidur jangan lupa niat tau.

~Sahaja aku berpuasa sebulan di bulan Ramadhan kerana Allah Taala.~

 

 

 

regards,

lieyasyaira

p/s : alamak! tugasan menjahit yang cikgu beri tak siap lagi. esok cikgu dah nak check. harap dapat siapkan before class esok.

BEN ASHAARI : Ramadhan 2012/1433H

 

Assalamualaikum. :)

ben

click banner if nak join. ^^

 

korang kena pilih blog saya sebab di blog saya macam-macam ada maaa~ ;)

jom exchange link. :P

 

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

 

Penantian Telah Berakhir

 

Assalamualaikum. ツ

Firman ALLAH S.W.T.

“Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan AL-Qur’an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). Kerana itu, barang siapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa), maka (wajib menggantinya), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur.” [Al-Baqarah: 185]

 

Salam Pagi Jumaat yang penuh Barakah. ^^

akhirnya penantian umat islam telah berakhir pada tahun ini. bulan yang ditunggu-tunggu telah tiba. ucapkanlah Alhamdulillah kerana berjaya sampai di bulan Ramadhan yang penuh Barakah ini.

Alhamdulillah. [dah macam nak bagi ceramah la pula]

apa-apa pun Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

dah sedia ke semua nak kejar pahala yang berlipat ganda di bulan Ramadhan nie?

jangan ingat bulan Ramadhan nie hanya untuk menahan lapar di siang hari sahaja.

jangan ingat bulan Ramadhan nie hanya untuk kita berpuasa sebulan dan sesudahnya kita bergembira menyambut Syawal.

so, tepuk dada tanya iman apa yang kita semua mahu kan di bulan Ramadhan ini. :)

 

427495_391520664244240_1249575319_n

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Pencarian Miss & Mr Blogger KBM 2012

 

Assalamualaikum. :D

9-cats

click banner if nak join. ;)

dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim lieya join pertandingan ini.

hihihi. tak harap pun nak dapat gelaran Miss Blogger. saja suka-suka join. kebetulan lieya ada banyak masa terluang. tue yang nak join. :D

jom la ramai-ramai kita join pertandingan nie. jom support KBM [komuniti blogger Malaysia].

terma & syarat

  • merupakan seorang blogger.
  • tidak mengira jantina, umur @ kaum.
  • ahli kepada Kumuniti Blogger Malaysia. [jom kita meriahkan kan lagi KBM nie]
  • buat satu entry di blog anda berkenaan pertandingan ini. letak banner pertandingan kedalam entry anda dan submit url entry pada ruangan komen dibawah entry ini.
  • jemput seberapa ramai kawan untuk menyertai KBM @ add rakan yang sudah berdaftar disini kerana pemenang akan dikira berdasarkan jumlah rakan anda di KBM. [daftar, jangan tak daftar][jangan lupa add lieya juga ya. :P]
  • semakin ramai rakan anda disini, semakin tinggi peluang anda untuk menjadi Miss @ Mr. Blogger KBM.
  • dua orang pemenang akan dipilih untuk dimahkotakan sebagai MISS serta MR. BLOGGER KBM 2012.

hadiah untuk pemenang :

miss serta mr blogger kbm akan menerima wang tunai sebanyak RM 100.OO seorang berserta mobile top-up RM50.00 [lumayan juga tue]

 

jom~! lieya da join. giliran kamu pula.

untuk join senang sahaja. :)

mula-mula daftar di sini. kemudian buat 1 entry tentang pertandingan ini dan submit url entry anda di sini. ^^. good luck ya semua.

tarikh mula : 20 July 2012

tarikh tamat : 10 August 2012. [cepat sebelum terlambat]

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

 

Spontaneous Thursday #2

 

Assalamualaikum. :)

528830_265897530178625_764730811_n

erk. =_=’.

jumpa this picture dekat facebook. hahahaha. rasa nak gelak la pula tengok picture nie lama. :D

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Jom Kenal Pasti IQ Kita.

 

Assalamualaikum. ;)

2 3 hari lepas abang lieya ada suruh lieya buat IQ test. then, dengan berat hati nya lieya pun buat la IQ test tue. tak susah pun. tak perlu nak jawab soalan panjang-panjang la bagai. hanya perlu pilih jawapan yang sesuai je. erk. =_=’ ye ke? ermm. maybe. hikhikhik. :P

so, dengan berkobar-kobarnya lieya pun buat lah IQ test nie.

mula-mula tue ok lagi. tapi bila baca jer dia punya intro, terus rasa tak semangat nak jawab. mana mungkin lieya mampu jawab 39 soalan dalam masa 40 minit. meaning nya 1 soalan dalam 1 minit lebih sikit. dush dush dush. time tue macam tak mampu jer nak lawan dengan abg. tapi, lieya gagahkan jua hati lieya untuk menjawab semua soalan yang diberikan. aduiii. [jawab soalan pun tak tenang duk tengak masa tengah berjalan]

lastly, lieya berjaya jawab semua soalan yang diberikan.

so, nak tahu tak berapa IQ lieya. ok. jeng jeng jeng.

iq test

tipu jer la. yang nie abg lieya punya IQ dia. :P

pang pang pang. padan muka kau lieya kena tampar. siapa suruh kau menipu. :P

ish ish ish. bukan menipu la. tapi bergurau jer. hikhikhik. :D lieya punya bawah sikit dari abg lieya punya IQ. huhuhu. tak hairan lah kalau IQ abg lieya dapat 110. memang budak bijak. tak perlu study dah boleh jawab exam. opssss. bukan nak bangga tau tapi cemburu dengan otak dia. huhuhu. ;)

haa~ nak tahu juga yang lieya. tak perlu lah. tak penting pun.

so, lieya dah tahu IQ lieya berapa. kau orang bila lagi nak tahu berapa. kalau nak tahu click sini. :D

---->Iklan jap<---- [duit tabung nie. terima kasih kepada semua yang click. :D]

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

1st Giveaway by Wawa

 

 Assalamualaikum. :)

pagi tadi lieya join segmen, petang lak lieya nak join giveaway.

dush dush dush. ikut suka lieya la nak join banyak mana pun. :P

click banner if nak join. *—*

cepat sebelum terlambat.

lieya da join, kamu semua bila lagi nak join?

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Segmen: Giveaway Raya by Shu-Sya

 

Assalamualaikum. :)

join segmen lagi. **wink wink wink**

cats

click banner if nak join. ^^

raya sudah. eh, puasa pun belum lagi takkan raya dah kot. tak apa. baru lah semangat sikit kan nak puasa. :)

lalalalalalala~ :P

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Lagu Ini Teramatlah Sweet. ;)

 

Assalamualaikum. :)

dah lama rasa nya lieya tak post pasal lagu, kan?

kali nie lieya nak bagi satu lagu khas untuk kawan-kawan lieya yang dah banyak menolong lieya selama nie. [aduii, tiba-tiba rasa sebak pula kat dada lieya nie. sob sob sob. ;’)

lagu nie sweet sangat bagi lieya. tak tahu la bagi kau orang semua macam mana pula, kan?

nah, dengar la lagu nie. but, before that, sila pause kan lagu yang sedang berkumandang di halwa telinga anda sekarang ini. :P

sweet kan?

dari semalam lagi lieya duk putar lagu nie sampai cair tahi telinga lieya nie. [euwwww, pengotor nya kau lieya] hikhikhik. tak adalah sampai macam tue sekali.

siapa-siapa yang rasa suka dengan lagu nie, sila-sila lah komen dekat bawah nie. [ceh, tak malu betul kau nie lieya minta orang komen dekat entry kau, :P]

ok lah. enjoy ya dengar lagu nie. :)

 

 

 

regards,

lieyasyaira