Assalamualaikum. :)
hyep. lama sangat kan lieya tak menjengah ke blog lieya nie. bila lieya tengok balik entry lieya untuk tahun nie, rasanya sebulan sekali je lieya update blog. but lieya tak adalah sedih sangat pon tinggalkan blog nie lama-lama tanpa entry baru. sebab apa? sebab lieya tak rasa ada yang nak baca blog lieya yang ntah-papa-ntah nie.
actually, lieya bukan tak nak update tapi sem nie lieya tersangat-sangat lah sibuk. seriously, jalan pun kadang-kadang tak jejak tanah. erk? lieya manusia tahu. not ghost! trust me! sampai lieya pun tak sedar yang hari nie lieya dah pon start final exam. rasa macam baru semalam jer baru start sem alih-alih dah nak habis sem dah pun. alih-alih lagi 3 minggu lieya nak jejak tanah melayu balik (tak sabar nak balik!!).
ok lah. pagi esok lieya ada paper nak kena hadap. makanya, malam nie lieya kena hadap buku. *tapi, sempat lagi kau hadap blog nie ye, lieya* :P
by the way, 6 may sudah berlalu. kenapa dengan 6 may? 6 may birthday si-dia yang ke-_ _ . agak sendiri lah ye.
12 may pun sudah berlalu.
12 may menjadi saksi 2 tahun sudah kami bersama. moga kami akan kekal sampai akhir hayat ye. ;)
dalam orang tengah sibuk nak final nie, lieya nak ucap barakallahulakuma pada kawan lieya yang sudah menamatkan zaman bujang nya. gambar? nanti lieya update ye. tapi majlis biasa-biasa je sebab kahwin dekat luar negara kan. kahwin tanpa ibu ayah ada di sisi. jadinya, kami, kawan-kawan yang baik hati nie lah yang menguruskan nya. *biar pun belakang tabir je*
kawan sudah kahwin, lieya bila lagi?
tak tergugat ke?
ramai kot yang tanya macam tu. aiseyhman. ada rezeki lieya kahwin lah. cuma tarikh nya masih lagi menjadi rahsia Allah. doakan untuk lieya ye. :)
ok lah. lieya kena undur diri dulu nie.
babai korang. nanti lieya update gambar kahwin kawan lieya.
doakan lieya dipermudahkan menjawab exam ye. Amin~ :)
regards,
lieyasyaira
p/s : last paper 23/5. tak sabar nak habis exam
14 may 2013 (2230pm waktu jordan)