lieya here ^-^

My photo
hanya meluah segala buah fikiran yg agak kalut ... huhu .. dan meluahkn sglanyer dri sudut hati lieya .. lieya just want to be a simple person for everyone who know about me .. ngee ~!

teman-teman lieya

Diary Ramadhan #Day 10

 

Assalamualaikum. =)

malam nie sayu jer hati lieya.

pagi esok dalam pukul 5 pagi, abang lieya yang sekarang nie berada di Mesir akan berangkat untuk berjumpa dengan kekasih yang tidak mati dan tidak hancur.

terasa sayu bila mendengar suara mummy yang seakan-akan menahan tangis tika berbual dengan abang lieya.

terasa sayu bila mummy menumpahkan air matanya tika tadarus.

lieya tahu mummy mahu menangis dengan apa yang diperkatakan oleh abang lieya.

lieya tahu mummy sedih mendengar suara abang lieya memohon ampun atas kesalahannya.

dan lieya bertambah sayu bila abang lieya bercakap dengan lieya.

“assalamualaikum”

“waalaikumsalam”

“nie sapa? akak ke aya ?”[lieya bahasakan diri lieya dengan keluarga dengan nama aya]

“aya lah”

“afiq nak minta maaf kalau ada silap selama ini. halal segala hutang ye”

“aya pun minta maaf juga kalau ada silap. halal semua ye”

“nak minta maaf juga sebab tak boleh nak bawa balik tudung yang aya pesan tue. lain kali ye aya”

“tak apa lah”

“aya jangan nak lawan kata ma ye. mak kita tue, kite kena lah jaga hati dia. dia yang jaga kita selama nie. kalau boleh bila ma suruh buat terus ye”

…………..

“insyaallah”

bila dengar pesanan dari abang lieya, rasa sebak sangat dekat dada.

Ya Allah, Kau panjangkanlah umur abang lieya. Kau selamatkanlah perjalanannya dalam menemuMu Ya Allah.

Ya Allah, jangan biarkan hambaMu itu tidak sempat untuk menatap wajah ibunya lagi. jangan biarkan hambaMu itu tidak sempat untuk mengucup tangan dan muka ibunya lagi.

kawan-kawan, lieya tidak berharap tapi besar manalah doa itu untuk diungkapkan. hanya secebis doa lieya harapkan dari semua untuk abang lieya yang akan berangkat ke Makkah.

semoga Engkau permudahkan perjalanan Afiq Hazim bin Ab Rahim dalam bertemu denganMu. Amin.

 

524033_401904603205725_1003780615_n

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

taip juga entry nie biar pun dengan menahan air mata dari mengalir.

Ingat Senang ke?

 

Assalamualaikum. =)

625620_278027352313543_1938404918_n

credit to http://fatinhambahina.blogspot.com.

ingat senang ke nak minta apa-apa dari Allah.

nak minta dengan manusia pun kita bersungguh-sungguh tak kan lah bila nak minta dengan Allah kita buat sambil lewa jer.

nak doa pun kena khusyuk tau. bukan solat jer kena khusyuk.

nie masa solat pun boleh lagi fikiran melayang apatah lagi berdoa, confirm tengah teringatkan apa yang nak buat lepas nie, kan?

“Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentangKu, katakanlah bahawa sesungguhnya Aku ini dekat, Aku dapat mengabulkan permohonan orang yang berdoa padaKu jikalau ia telah memohonkan itu padaku,…”

[Al-Baqarah : 186]

tapi ingat, Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. jadi bila doa kita tidak dikabulkan itu bermakna ada yang terbaik untuk diri kita dari apa yang kita minta itu. :D

 

Salam Ramdhan ke-10. :)

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

 

 

 

 

 

Yahooo~ *Senyum Sampai ke Telinga

 

Assalamualaikum. =)

Petang nie lieya happy.

Happy sangat-sangat.

sebab hand phone lieya yang rosak hari tue [baca entry ini] dah siap baiki. :D

Alhamdulillah.

Kalau tak dapat baiki tue memang merana lah lieya.

tapi, lieya still lagi sedih.

sebab memory card lieya masuk virus dan lieya still tak dapat nak buang virus tue.

ada siapa tahu macam mana nak buang virus yang folder dia tak boleh nak delete tue?

kalau ada comment tau.

lieya sayang lah memory card tue. dah lah 8gb. banyak tue. tak kan lah nak biar kan macam tue jer. beli pun mahal.

kalau ada sape-sape yang tahu komen tau.

lieya dah penat cuba bermacam-macam cara tapi still tak dapat buang virus tue.

please somebody help lieya. :(

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Resepi #1 : Ayam Masak Merah + Halia

 

Assalamualaikum. =)

Hari nie lieya nak kasi korang semua satu resepi.

erk? macam tak percaya jer lieya nak kasi resepi, bukan nya pandai masak sangat pun.

hehehe. kalau ada silap harap tegur ya.

kali nie lieya kasi resepi Ayam Masak Merah + Halia. [nie resepi dari mummy lieya tau]

cara dia sama jer dengan ayam masak merah cuma yang tambah halia jer. :)

 

download

credit to pakcik google. [kalau yang selalu mummy lieya masak memang nampak lain sangat dengan gambar dekat atas nie]

Bahan-bahan.

  1. 6 ketul ayam (untuk 3 orang makan)
  2. 3 biji bawang putih (dihiris)
  3. 1 biji bawang besar (dihiris)
  4. 3 biji cili api
  5. 2 inci halia (dihiris)
  6. gula secukup rasa
  7. sos cili

 

Cara menyediakan:

  1. Gaulkan ayam yang telah dibersihkan dengan kunyit dan garam.
  2. Goreng sehingga masak kemudian ketepi.
  3. Panaskan minyak dalam kuali yang berlainan.
  4. Tumiskan bawang butih dan halia yang telah dihiris, kemudian masuk pula bawang besar dan cili api ke dalam kuali. (tunggu sehingga nampak daun bawang hampir masak)
  5. Masukkan gula dan sos cili secukup rasa. (kalau nak lagi sedap masukkan perencah penyedap makanan)
  6. Kacau sehingga sebati dan kemudian masukkan ayam yang telah di goreng ke dalam kuali tersebut.
  7. Kemudian kacau sehingga sebati dengan ayam tersebut.
  8. Angkat dan siap!. :D

 

Sekian Dari Chef Lieya [ceh, perasan nya kau lieya. :P]- jom buat untuk buka nanti.

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira