lieya here ^-^

My photo
hanya meluah segala buah fikiran yg agak kalut ... huhu .. dan meluahkn sglanyer dri sudut hati lieya .. lieya just want to be a simple person for everyone who know about me .. ngee ~!

teman-teman lieya

kembaraku dalam bulatan 1001 hati. ^^

DAY BEFORE KEMBARA.

praying_hands

assalamualaikum. =)

entah kenapa hati lieya semakin gundah gulana.

mungkin berkecil hati. tapi dengan siapa. entah. lieya sendiri tidak tahu.

apa yang lieya tahu hati lieya semakin tidak menentu. seakan ada musibah yang akan melanda.

dalam diam lieya berfikir alangkah tenang jiwa andai boleh melihat kebesaran ILAHI di bumi syam ini.

tanpa disangka tawaran datang bergolek di depan mata.

masih ada lagi kekosongan untuk join jaulah persatuan Melaka.

berfikir seketika.

pergi or not.

kalau diikutkan, bila lihat purse lieya terasa berat hati untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk jaulah. namun, tawaran sebegini bukannya selalu akan datang.

think, think and think again.

hati berkata, “duit takkan kemana, rezeki ALLAH itu ada dimana-mana saja”.

akhirnya kata sepakat dikeluarkan.

yer. biar berhabis duit jangan tertinggal dalam menjelajah tanah syam, tanah para anbiya’. =)

sungguh. tanpa berbekal wang di tangan lieya gagahi jua. demi kembara menjelajah bumi jordan.

untuk ketenangan jiwa yang sedang gundah gulana.

untuk ketenangan otak yang sedang berselirat penuh dengan seribu satu pemikiran.

“jelajahi lah kerana dengan itu hati akan semakin tenang dengan belajar dari ibrah kembara itu”

 

 

 

luahan hati lieyasyaira,

31 January 2012,

0202 a.m waktu jordan.

p/s : kembara ini bermula pada 22 January 2012.