Assalamualaikum. ツ
tak ada benda nak cerita sebenar nya. cuma semalam hujan lebat sangat.
masa on the way ke Qaryah Ramadhan tue, dah nampak dah langit gelap. tetap juga nak pergi sebab imam terawih baca best biar pun lama.
5 minit sebelum berbuka, hujan turun dengan ribut yang kuat.
semua yang duduk di bahagian tepi terus melarikan diri masuk ke dalam.
basah. bukan setakat basah, banjir sekali dekat khemah tue.
ok. stop cerita pasal hujan.
lepas habis solat terawih, lieya keluar lah dari tempat solat tue dengan mummy lieya.
tengok-tengok selipar.
cari-cari selipar.
tak jumpa.
rasa nya lieya da letak dekat tempat yang sama.
mummy lieya sempat cakap dekat lieya, balik dengan kaki ayam jer la.
haishhh. nie yang bikin hati lieya panas nie.
lieya tak putus asa. lieya cari juga. lieya pergi dekat sudut then JUMPA!
ayoyo. makcik pakcik, kalau nak guna selipar lieya, lieya kasi jer. dengan ikhlas hati lieya kasi pinjam untuk ke tandas tapi letak lah dekat tempat asal.
ponat eden mencari nyo~ [haaa~ kan dah ‘ter’cakap loghat negeri sembilan]
ok lah.
nanti lieya sambung lagi ya. :D
regards,
lieyasyaira.
No comments:
Post a Comment