lieya here ^-^

My photo
hanya meluah segala buah fikiran yg agak kalut ... huhu .. dan meluahkn sglanyer dri sudut hati lieya .. lieya just want to be a simple person for everyone who know about me .. ngee ~!

teman-teman lieya

Diary Ramadhan #Day 4

 

Assalamualaikum. ツ

tak ada benda nak cerita sebenar nya. cuma semalam hujan lebat sangat.

masa on the way ke Qaryah Ramadhan tue, dah nampak dah langit gelap. tetap juga nak pergi sebab imam terawih baca best biar pun lama.

5 minit sebelum berbuka, hujan turun dengan ribut yang kuat.

semua yang duduk di bahagian tepi terus melarikan diri masuk ke dalam.

basah. bukan setakat basah, banjir sekali dekat khemah tue.

ok. stop cerita pasal hujan.

lepas habis solat terawih, lieya keluar lah dari tempat solat tue dengan mummy lieya.

tengok-tengok selipar.

cari-cari selipar.

tak jumpa.

rasa nya lieya da letak dekat tempat yang sama.

mummy lieya sempat cakap dekat lieya, balik dengan kaki ayam jer la.

haishhh. nie yang bikin hati lieya panas nie.

lieya tak putus asa. lieya cari juga. lieya pergi dekat sudut then JUMPA!

ayoyo. makcik pakcik, kalau nak guna selipar lieya, lieya kasi jer. dengan ikhlas hati lieya kasi pinjam untuk ke tandas tapi letak lah dekat tempat asal.

ponat eden mencari nyo~ [haaa~ kan dah ‘ter’cakap loghat negeri sembilan]

ok lah.

nanti lieya sambung lagi ya. :D

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira.

Review Blog : Follower ke-200 Lieya

 

Assalamualaikum. =)

petang nie lieya nak review blog. siapa kah yang bertuah?

jeng jeng jeng.

FOLLOWER.

lieya nak review blog follower yang ke-200!!!

siapa dia?

Id Follower dia Miss Cat. dan ini blog Miss Cat.

header

click header kat atas nie untuk ke blog miss cat. :)

blog yang comel.

haaa~ one more. dia still newbie lagi. so, apa lagi. jom kita pakat-pakat follow dia.

miss rabbit a.k.a lieya dah pon follow blog dia. :D

jom ramai-ramai terjah blog dia.

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira,

p/s : selamat berbuka puasa miss cat. :D

Sabarlah Wahai Hati. ;’)

 

 

Assalamualaikum. :’)

 

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung.”
[Al-Imran : 200]

 

Sabar biar pun hati tengah berdarah.

Sabar. Sabar. Sabar.

Akan ada hikmah nya lieya dia buat macam tue.

Ingat janji Allah, lieya. pasti Allah akan memberi ganjaran kepada hamba-hambaNya yang bersabar.

kalau ikut kan hati memang lieya da tampar-tampar pipi dia. da tarik-tarik rambut dia. da maki hamun dia depan orang ramai. tapi lieya tahu segala perbuatan lieya tue tak disukai Allah. jadi, SABAR.

ermm. kenapa lieya marah sangat nie?

lieya bukan nak burukkan dia tau. tapi memang lieya da tak mampu nak pendam da dekat dalam hati lieya nie.

someone nie, dia dulu memang baik sangat dengan lieya. lieya pun tak tahu apa motif sebenar dia. lieya just think positive jer la time tue.

dia tak ada kawan, kena kutuk dengan orang ramai. kena pulau. so, tak kan lah lieya nak pulau kan dia juga kan. da la lieya tinggal satu asrama dengan dia.

tapi, lama-lama baru lieya sedar.

seorang sahabat akan tegur diri lieya bila lieya leka dan alpa.

seorang sahabat akan bagi contoh yang terbaik untuk lieya ikuti dia.

tapi, mana ada semua tue.

entah lah. *sigh*

semua orang tengah marah dengan dia.

kenapa?

sebab dia kalau pasal duit memang celik mata dia luas-luas lah.

banyak benda yang dia da tipu lieya dan kawan-kawan lieya.

dan banyak juga duit lieya dan kawan-kawan lieya dia pinjam. kalau sikit lieya tak kisah tapi bila dah mencecah seribu plus plus memang lieya angin lah kalau dia tak nak bayar. sampai sekarang pun tak bayar lagi.

bila bercakap nampak macam wali tapi jangan cuba bermain dengan kata-kata dan dalil-dalil al-quran andai tak tahu apa makna nya.

tapi, bila difikir kan balik.

kenapa orang ramai pulau dia?

kenapa orang ramai bercakap pasal dia?

pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin.

jadi, apa yang orang lain kata yang dia makan duit orang tue betul lah, kan?

apa yang orang kata dia kuat menipu betul lah, kan?

ya Allah.

lieya stop dulu. malas nak membangkit kan lagi amarah yang ada dalam diri.

moga Allah memberi kesabaran yang maksimum pada lieya.

 

sabar-ujian

*credit to iluvislam.com

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

p/s : ingat senang ke nak sabar. tapi apa yang boleh lieya buat. lieya hanya mampu sabar. Insyaallah, janji Allah itu pasti.

off to asar. jom solat~ :D