assalamualaikum. =’(
lieya sebak. betul2 sebak.
it’s all my fault.
ya ALLAH, bagaimana harus lieya ungkapkan. bagaimana harus lieya bicarakan. percayalah, bukan senang untuk lieya puaskan hati semua orang sehingga hati lieya sendiri terguris. lieya pendam seorang diri. lieya tahan seorang diri. sudah beribu kali hati ini diguris. cukup lah. lieya tak sanggup menerimanya lagi.
andai dapat diundurkan masa, lieya sanggup berpenat lelah ke sana ke mari menguruskan visa sendiri tanpa bantuan orang lain. namun semua nya takkan mampu diundurkan lagi.
andai dapat diundurkan masa, lieya sanggup hidup tanpa teman. namun itu semua takdir Tuhan yang menentukan lieya ditemukan dengan insan tersebut.
andai dapat diundurkan masa, *sigh*.
tahu, tahu dan tahu. masa itu tidak boleh diundur lagi.
bukan mahu mengeluh dengan ujian ALLAH cuma mahu meluahkan rasa di hati ini yang kian lama membengkak.
maafkan andai lieya yang bersalah dalam semua hal. maafkan lieya.
cukuplah. biar lah semua ini terkubur untuk selama-lamanya.
usah ditanya kisah yang sebenar kerana belum tentu lagi semua nya akan memahami apa yang lieya rasa.
biarkan diri lieya menjadi mangsa keadaan.
luahan hati lieyasyaira,
0400 a.m waktu jordan,
14 may 2012.
p/s : qawiy, maafkan akak. dulu, akak tak sepatut nya pinta akan pertolongannya. maafkan akak. qawiy, andai terbaca post ini usah ditanya kisah yang sebenarnya, kerana belum tentu lagi qawiy dapat paham apa yang akak sedang alami sekarang ini. dan akak paham kalau diri ini dibenci olehmu, dik. usah dianggap diri ini sebagai kakakmu kerana diri ini belum layak untuk menjadi seorang kakak untukmu, dik. maafkan akak. =’(