DAY ONE
lantas dalam kesepian malam lieya mula mencatat. mencatat 1 catatan untuk ditatap suatu masa nanti.
kenangan itu mampu membuat lieya tersenyum. yer. senyuman yang mampu mengubat luka di hati.
siapa tahu kenangan itu mungkin akan berulang kembali tanpa kita sedar.
arghhh. agak sukar untuk lieya luahkan dengan mulut. hanya mampu meluahkan melalui blog yang sepi ini.
-------------------------------------------------------------------
perlu ke perjalanan untuk menghilangkan segala rasa di jiwa?
hurmm. dengan dingin pagi. dengan kantuknya mata lieya gagahi jua untuk bersiap.
yer. hari ini ingin lieya lepaskan segala rasa yang menyemak dalam jiwa ini. dalam kekalutan bersiap, hati semakin bimbang andai lieya dan teman2 terlepas pengangkutan yang akan membawa lieya dalam kembara ini selama 3 hari 2 malam.
dalam kekalutan dan kekecohan di pagi hari, lieya melangakah kaki dengan jiwa yang kosong.
berharap this journey mampu membuat hati lieya kembali ceria.
bersama gundah gulananya hati, lieya dan teman2 dibawa oleh pemandu bas ke ummu qais.
subhanaAllah, terlalu agung nya ciptaanMu Ya ALLAH.
sungguh. hati ini mampu tersenyum bila melihat keindahan ciptaanMU.
hati yang sempit semakin meluas, semakin lapang.
betapa hebatnya ciptaanMu.
tersenyum lebar lieya melihat kesempurnaan ciptaanNya.
tenangnya hati setenang hari yang ditemani hujan renyai-renyai.
tenangnya hati seakan seribu masalah yang menghimpit dada hilang begitu sahaja.
namun, dalam keriangan hati tercetus ketidaksenangan insan melihat lieya dan teman2 dalam menjaga pergaulan dan batas dengan insan yang bernama lelaki.
salahkah kita yang bernama muslimah menjaga batas2 pergaulan.
perlukah kita bersosial seperti mereka.
Ya ALLAH, siapakah berfikiran keanak-anakan dalam hal ini?
lieya atau mereka?
namun, semua itu tidak lieya endahkan. lieya tepis jauh dari hati. lieya buang jauh dari hati supaya hati ini tidak timbul perasaan benci dan geram.
destinasi kedua ke makam para sahabat di sekitar irbid.
sesungguhnya kepenatan yang melampau mampu membatasi pergerakan kita. #ayatkiasannaktidurjertimepergimakamsahabattue,takturunpun.hahaha.
hari yang panjang berakhir dengan bbq di laut mati.
lewat malam itu lieya berkongsi cerita bersama teman2 bersama deruan ombak laut mati.
perjalanan ini masih lagi belum berakhir.
perjalanan ini diteruskan ke mu’tah.
mu’tah. yer. katanya di mu’tah sudah turun salji.
betapa gembiranya hati ingin melihat kebesaran ALLAH dalam mencipta salji di tanah syam.
dalam kegembiraan hati, dalam gelap malam, dalam kantuknya mata masalah sering kali menyapa.
kabus yang kuat melanda. sukar untuk pemandu bas untuk memandu.
hati hanya mampu berdoa kepada ALLAH semoga selamatkan kami dalam perjalanan ini.
^-^
1 comment:
subhanallah...
teringan nk tau semua kat gambar tu negara mana... ^_^
Post a Comment