lieya here ^-^

My photo
hanya meluah segala buah fikiran yg agak kalut ... huhu .. dan meluahkn sglanyer dri sudut hati lieya .. lieya just want to be a simple person for everyone who know about me .. ngee ~!

teman-teman lieya

kembaraku dalam bulatan 1001 hati. ^^

DAY BEFORE KEMBARA.

praying_hands

assalamualaikum. =)

entah kenapa hati lieya semakin gundah gulana.

mungkin berkecil hati. tapi dengan siapa. entah. lieya sendiri tidak tahu.

apa yang lieya tahu hati lieya semakin tidak menentu. seakan ada musibah yang akan melanda.

dalam diam lieya berfikir alangkah tenang jiwa andai boleh melihat kebesaran ILAHI di bumi syam ini.

tanpa disangka tawaran datang bergolek di depan mata.

masih ada lagi kekosongan untuk join jaulah persatuan Melaka.

berfikir seketika.

pergi or not.

kalau diikutkan, bila lihat purse lieya terasa berat hati untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk jaulah. namun, tawaran sebegini bukannya selalu akan datang.

think, think and think again.

hati berkata, “duit takkan kemana, rezeki ALLAH itu ada dimana-mana saja”.

akhirnya kata sepakat dikeluarkan.

yer. biar berhabis duit jangan tertinggal dalam menjelajah tanah syam, tanah para anbiya’. =)

sungguh. tanpa berbekal wang di tangan lieya gagahi jua. demi kembara menjelajah bumi jordan.

untuk ketenangan jiwa yang sedang gundah gulana.

untuk ketenangan otak yang sedang berselirat penuh dengan seribu satu pemikiran.

“jelajahi lah kerana dengan itu hati akan semakin tenang dengan belajar dari ibrah kembara itu”

 

 

 

luahan hati lieyasyaira,

31 January 2012,

0202 a.m waktu jordan.

p/s : kembara ini bermula pada 22 January 2012.

 

ALHAMDULILLAH. Rezeki Itu Datang DariMu Ya Allah. =)

السلام عليكم ……

erk? huhu. sejak bila la pula lieya jadi nak tulis arab nie. hahaha. agak la pelik kan.

semalam lieya betul2 gembira.

kenapa?

kerana rezeki itu datang nya dariMu Ya ALLAH. ALhamdulillah. =)

semoga dengan rezeki ini lieya semakin bersemangat untuk belajar.

amin!!~

^-^

Ya Allah, lieya bersyukur kerana doa lieya dimakbulkan.

and after this, abg tak perlu lagi risau pasal lieya lagi. =)

and terima kasih abg kerana tak pernah putus berdoa untuk lieya. i’m proud with you. =)

 

luahan hati lieyasyaira,

30 January 2012,

1300 p.m waktu jordan.

p/s : perlu tahu untuk bersyukur kerana kadangkala kita perlu sedar ada yang lagi teruk dari kita diuji dengan ujian ALLAH. syukur padaMu Ya Allah. =)

Life Like Puzzle

assalamualaikum.

^-^. dah lama kan lieya tak update blog.

sebenar nya minggu lepas nak post something tapi tak sempat sebab lieya ikut program persatuan pi jalan2.

and malam nie hati lieya terdetik nak post something.

“Life Like Puzzle”

hahaha. lieya macam nak gelak jer. oppsss. gelak bukan sebab quote tue but gelak sebab lieya selalu jer tukar quote sal life nie. sebelum nie lieya ade kaitkan kehidupan dengan pokok and now ‘life like puzzle’. tapi bagi lieya duamempunyai maksud yang tersirat yang sama jer.

puzzle

 

sometimes, life is nothing but life is everything when u know how to achieve mardhatillah.

sometimes, hidup ini membuka banyak persoalan tentang diri kita sendiri sampai terkadang kita lupa untuk bersyukur kepada pencipta kita.

sometimes, catur2 kehidupan lah yang memberi kita inspirasi tentang kemanakah jalan yang harus kita ikut.

sometimes, bila kita tersalah langkah kita mula berfikir untuk berpatah balik dan membuka langkah baru untuk memastikan langkah yang kita ambil itu adalah langkah yang terbaik dalam hidup kita.

sometimes, bila kita bingung baru lah kita sedar yang diri kita sudah jauh tertinggal dari redha ALLAH.

sometimes, sometimes and sometimes.

sampai 1 masa bila anda menyusun puzzle, anda akan lihat diri anda sendiri di dalam puzzle tersebut. mencaridimanakah harus kita cari serpihan2 yang betul untuk kita cantum.

mencari2 jalan yang betul dalam perjuangan hidup.

mencari2 diri kita yang sebenar nya.

mencari2 kemanakah hilang nya serpihan diri kita yang kita cari.

sedar tak sedar dalam pencarian itu anda menjumpai serpihan2 tersebut dan mencantum nya sampai menjadi sesempurna yang kita ingin.

pernah kah kita fikir, andai serpihan ini tidak lengkap sempurnakah puzzle tersebut, sempurnakah hidup kita dan sempurnakah diri kita ini.

tepuk dada tanya iman. =)

selamat malam warga jordan and selamat pagi warga malaysia.

luahan hati lieyasyaira,

29 january 2012,

2.48 a.m waktu jordan.

p/s : entry ini dah lama lieya tulis buat tak pernah habis kerana ketandusan idea. and right now i;m waiting for abg. =_= (ngantuk sudah)

 

wordless Wednesday #2




DSC00066


langit mampu membuat hati kita tenang. ^^

beribu tahun ^-^





videokeman mp3


salam.
a very good night. hukhukhuk (merapu tahappetalakelapan)
before that lieya nak kau orang semua pause lagu yang kat atas tue.
mana?
alarh….
yang kat atas nie.
^
|
|
| hah~ yang kat atas nie. nak buka pun boleh jer. =_=
x nak buka pun tak apa. sebab entri nie kan lieya ada letak lagu. so, up to kau orang nak buka lagu mana pun. =)
tapi,
dua-dua lagu tue sama jer tau tapi versi jer yang lain.
firstly, lagu nie lieya nak tujukan pada abg.
trust me, abg.
u always in my heart.
maaf sebab pagi tadi da buat abg sedih dengan sikap lieya.
maaf juga sebab lieya abg jatuh tangga and retak kat tulang belakang.
really, i don’t mean it.
tak pernah terfikir nak buat abg sedih.
bila abg hantar msg macam nie
"lieya nak denda diri lieya macam tue pun sama jer bagi abg… perasaan macam tue juga ada.. perasaan sayang, rindu, ingat kat dia masih ada juga.. abg nak keluar, abg tak tahu nak pergi mana… tuhan jer yang tahu."
dan msg yang nie
"abg yang patut tak payah hidup lagi… lieya tak rasa apa abg rasa… sakit hati, sedih bila baca blog lieya… betul abg bf lieya tapi hati lieya sentiasa ingat kat dia walaupun sedikit…abg sedih sangat-sangat… tuhan jer yang tahu lieya."
baru lah lieya sedar yang selama ini hati lieya bukan lagi pada si dia tapi pada abg.
dan lieya sedar bila abg hantar msg nie kat lieya
"abg jatuh tadi lieya"
lieya sedar yang lieya tak mungkin boleh hidup tanpa abg di sisi.
lieya tak mungkin bernyawa kalau bukan abg yang pimpin tangan lieya selama ini.
lieya sedar yang lieya selama ini buta dengan si dia.
lieya sedar yang lieya bukan lah yang terbaik untuk abg tapi lieya cuba untuk menjadi yang terbaik untuk abg.
dan lieya sedar siapa yang sering lieya impikan selama ini.
it’s you abg.
abg yang selama ini memang sentiasa ada di hati lieya.
cuma lieya sahaja yang bodoh.
bodoh dengan si dia.
lieya janji lieya akan lupakan si dia untuk selama-lama nya.
lieya selalu doa…
307226_267323229979438_100001052895197_835251_1707278898_n
abg,
lieya harap cinta kita bersemi for a thousand years.
=)
images (2)

images (1)
>credit to mr google<

forever love you abg.

wordless wednesday #1

images

menangis kerana silapku sendiri. =’(

kecewa dengan kamu. =(

salam.

entry ini saja lieya post tengah-tengah malam.

nak ambil feel konon.

hukhukhuk.

lieya kecewa sama kamu.

lieya kecewa dengan sikap kamu.

lieya kecewa semua dengan kamu.

lieya tak faham dengan kamu.

lieya tak faham kenapa kamu jadi semakin teruk.

lieya tak faham bila kamu kata kamu bahagia dengan hidup kamu sekarang nie.

lieya sedih.

yer. lieya sedih sangat dengan kamu.

lieya sedih bila fikirkan yang kamu bukan kamu yang dulu lagi.

kenapa kamu berubah sebegitu rupa?

salah lieya kah?

salah kah lieya ingin bahagia dengan orang yang lieya sayang?

salah kah lieya bahagia dengan orang lain selain dengan kamu.

salah lieya kah semua ini?

salah lieya kah kamu jadi begini?

arghhhhhhh~!!!!

kamu tahu ke lieya betul-betul sedih dengan sikap kamu.

kita putus bukan bermakna lieya tak ambil berat fasal kamu lagi.

lieya ambil berat fasal kamu sebab lieya sayangkan kamu macam abang lieya.

tapi bila kamu tak faham dengan lieya, lieya tak mampu nak cakap apa.

kamu bahagia ke sekarang nie?

kamu bahagia ke dengan hidup kamu sekarang nie?

kamu bahagia kah dengan cara kamu cari duit sekarang?

kamu bahagia kah bila kamu tidak lagi percaya pada tuhan?

kamu bahagia kah dengan hidup kamu sekarang nie?

kamu tahu tak lieya tiap masa doa kan kamu.

tiap masa doa kamu bahagia dengan hidup kamu.

tapi,

bila begini lah hidup yang kamu kata kamu bahagia seakan-akan doa lieya untuk kamu hanyalah sia-sia.

seakan-akan tak ada guna nya lieya berdoa untuk kamu yang dah mati dalam.

kamu tahu apa?

kamu ingat lieya tak pernah ambil tahu fasal kamu ke?

seboleh-boleh nya lieya cuba untuk tahu fasal kamu tapi kamu sendiri yang menyekat lieya untuk tahu fasal kamu.

kamu faham tak kenapa doa kamu tak dikabulkan?

kamu faham tak kenapa hidup kamu penuh dengan onak duri?

kamu pernah berfikir tak sebelum nie kenapa semua itu berlaku untuk diri kamu?

pernah ke kamu ambil iktibar dari segala yang terjadi kat kamu?

apa yang kamu tahu kamu hanya salah kan takdir bila semua nya tak menjadi dalam hidup kamu.

sekarang pula kamu tak percaya pada tuhan.

sampai bila kamu?

sampai bila kamu nak hidup tanpa tuhan?

kamu….

kamu…

percaya lah kamu.

lieya masih sayang kan kamu.

tapi sayang lieya pada kamu hanyalah sayang seorang adik kepada abang.

that’s all.

kamu kena terima hakikat yang jodoh kita tak kuat.

hubungan kita hanya sementara.

kamu kena terima itu semua.

kamu…

lieya sedih bila kamu kata kamu sakit.

kamu sakit teruk tapi kamu tak yakin pada tuhan.

dan kamu cuba menjerumuskan diri kamu ke dalam lembah dosa.

kamu tahu ke semua tue adalah dosa.

kamu…

lieya minta sebelum terlambat berubah lah kamu.

lieya akan sentiasa doakan untuk kamu.

lieya sentiasa doakan kebahagian kamu tapi bukan dengan kebahagian sekarang yang kamu perolehi.

masih ada masa kamu.

berubah lah.

lieya rindukan kamu yang dulu.

sungguh, lieya tak tipu.

lieya rindukan kamu yang dulu.

lieya ingin lihat kamu yang dulu.

tapi, masih ada lagi kah diri kamu yang dulu dalam diri kamu sekarang nie?

kamu…

lieya akan sentiasa doakan kamu untuk kamu berubah seperti dulu.

lieya akan sentiasa doakan kamu kembali percaya pada tuhan.

kamu…

kalau kamu sayangkan lieya kembali lah ke pangkal jalan.

pinta lieya kembalilah ke pangkal jalan.

kamu…

luahan hati lieyasyaira,

12.35a.m waktu malaysia,

3 january 2012.

p/s : kalau kamu baca ketahui lah yang lieya ingin lihat kamu yang dulu. ketahui lah saban malam lieya fikirkan fasal kamu. =(