ketika para bintang ganas buas bernama Israel Yahudi itu,
berpesta menghirup darah anak-anak kecil di tebing Gaza,
dan orang-orang Arab Islam yang kaya merayakan materialisme di sebelah sempadan itu,
melihat kepulan asap menghitam di udara tanda pembunuhan sedang menggila,
sedikitpun tidak terdetik di hati mereka untuk bergerak serentak menghalang,
serangan tak berperikemanusiaan bertujuan penghapusan etnik Palestin itu,
dan dunia melihat dengan memejam sebelah mata,
dan kita di malaysia,
atas nama demokrasi dan tamadun kita pun beradu kekuatan merebut kuasa dan kerusi,
atas janji berbakti kepada rakyat,
kita pun terlupa pada ikrar kita atas nama manusia khalifah Allah di bumi.
apakah ikrar kita sebagai khalifah Allah di bumi?
sahabat-sahabatku, duduklah sebentar dan berfikirlah,
apakah ikrar kita sebagai khalifah Allah di bumi?
ketika seluruh malaikat makhluk yang ada waktu itu diperintahkan Allah,
tunduk sujud kepada manusia sang iblis enggan patuhi perintah Allah,
dan mereka memohon izin untuk terus bermusuh dan berperang dengan manusia,
ingatlah sahabat-sahabatku, akan peristiwa besar kejadian makhluk,
bernama manusia bahawa kita sentiasa diintai sang iblis dan syaitan,
untuk dimusnahkan.
duduklah sejenak wahai sahabat-sahabatku dan berfikirlah,
cuba ambil iktibar daripada peristiwa dunia dan tanyalah di mana kita?
apa sebenarnya kita cari di bumi tua penuh sengketa ini?
kenapa kiblat kita masih Inggeris dan Amerika?
lihatlah! Inggeris dan Amerikalah itu yang sedang membunuh mati anak-anak kita di Palestin,
atas nama demokrasi, tamadun manusia keamanan sejagat dan kemanusiaan,
mereka membunuh mati anak-anak manusia di tebing Gaza,
atas nama tamdun materialisme yang lahap minyak lahap kekayaan material,
manusia bertukar menjadi syaitan haiwan ganas lalu mengganas,
dengan rasional menentang keganasan mereka mengganas semahu-mahu mereka,
meredah darah yang membanjiri bumi Palestin demi tamadun manusiakah itu?
atau tamadun iblis syaitan musuh abadi manusia?
No comments:
Post a Comment