lieya here ^-^

My photo
hanya meluah segala buah fikiran yg agak kalut ... huhu .. dan meluahkn sglanyer dri sudut hati lieya .. lieya just want to be a simple person for everyone who know about me .. ngee ~!

teman-teman lieya

MeMbAcA kEaGuNgAn SiLaM...

maka benarlah janji Allah,
diturunkan bala tentera malaikat menjadi bantuan,
kemenangan atas hak dan istiqamah kemenangan,
untuk nur Islam terus menerangi semesta alam.

manakah kilauan "Pedang Allah" di tangan,
panglima Khalid al-Walid,
yang memimpin tenteranya dengan jitu keberanian,
lalu setiap ketua kerajaan yang mahu ditentang,
telah diutuskan surat berupa amaran.

"Kamu akan menghadapi tentera kami yang cintakan kematian,
sedangkan tentera kamu lebih cintakan kehidupan"

manakah pewaris keberanian panglima Tareq bin Ziad?
yang menyalakan semangat bala tenteranya,
tatkala membakar segala kapal perang,
agar mereka tidak mundur,
terus mara menentang kebatilan,
sambil meniupkan bara ucapan:
"Apa yang aku ajak,
akulah yang dahulu melakukan,
dan saat menghadapi lawan,
akulah yang paling di hadapan."

manakah Salahuddin al-Ayyubi.
"Panglima dari seratus medan perang",
yang akan muncul membebaskan penindasan,
menenggelamkan keangkuhan dan kebiadaban,
sambil menggilap kembali kemilau permata,
Kerajaan Andalusia.

malangnya semakin pudar warna kebenaran,
semakin lusuh panji perjuangan,
kerana kita umat yang sering leka,
dan nanar dibuai keagungan silam,
panduan Kitab Junjungan dan kesucian Kalam,
semakin longgar daripada genggaman.

rela kita menjadi kuda tunggangan,
memakai topeng para musang berbulu ayam,
menuding jari mencari kesalahan,
sedang kepala asyik ditekan,
untuk tunduk akur tanpa bangun,
mengangkat harakat jihad perjuangan.

maka...
gema kutukan masih riuh kedengaran,
sedang kekejaman dan kebiadaban,
mereka masih tetap berterusan.


No comments: