hah???
nape awk pakai tudung?
da mak ayah suh..
da mak ayah suh..
prturan skola yg wt..
x cntek la x ttup aurat ni..nti hitam lngn sye..
2 la antara jwpn2 yg aq dgr dri sstngh wanita yg x mmpunyai asas agama yg kukuh dlm hati...
nk tau sbb nye..?
ermm..
KENAPA WANITA ISLAM WAJIB MENUTUP AURAT?
kerana ia termaktub di dlm Al-Quran, Surah Al-Ahzab ayat 59 yg brmksud: "hendklah mereka mnghulurkn tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu"
BAHAGIAN MANAKAH YANG BOLEH DIPERHATIKAN?
Rasulullah SAW tlh bersabda:
"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan muka dan dua tapak tangannya hingga pergelangan".(H.R:Abu Daud)
MUKA DAN TANGAN
Asma' Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang nipis. Sabda Rasulullah SAW:Wahai Asma'! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh, tidak boleh baginya mengzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja" (Riwayat Muslim dan Bukhari)
Surah An-Nisa' ayat 34, ALLAH SWT berfirman:
"kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita"
sepotong ayat dari Surah Al-A'raf ayat 26, ALLAH SWT berfirman : "Hai anak keturunan Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk perhiasan, dan pakaian Taqwa itu adalah yang paling baik"
MUKA DAN LEHER
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyah yang terdahulu"
Bersolek (make up)
Menurut Miqtil: "sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyah
Menurut Miqtil: "sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyah
DADA
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup dada-dada mereka"
WANGIAN
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina" (Riwayat Nasa'i, Ibn Khuzaimah Dan Hibban)
KAKI (TUMIT KAKI)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan" (An-Nur: 31)
a. menampakkan kaki
b. menghayunkan/ melenggokkan mengikut hentakan kaki
KEPADA SIAPA AURAT BOLEH DIPERLIHATKAN??
"Dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, atau bapa-bapa mereka, atau bapa-bapa mertua mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka (anak tiri), atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita(rakan sejawat atau yang berkhidmat) dengan mereka, atau hamba sahaya mereka, atau orang-orang lelaki yang menjadi pengikut mereka yang tidak mempunyai syahwat (nafsu) kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum timbul berahinya apabila melihat aurat perempuan" (An-Nur:31)
hah...
da jelaskn skrg ni tmn2 skalian...
jd tutuplah aurat anda sblm aurat anda ditutupkan nti..
sekian dari aq..
No comments:
Post a Comment