lieya here ^-^

My photo
hanya meluah segala buah fikiran yg agak kalut ... huhu .. dan meluahkn sglanyer dri sudut hati lieya .. lieya just want to be a simple person for everyone who know about me .. ngee ~!

teman-teman lieya

Showing posts with label tentang are~qu. Show all posts
Showing posts with label tentang are~qu. Show all posts

Wordless Wednesday #11

 

Assalamualaikum. ^-^

 

coping-with-stress

 

well, biar gambar yang berbicara. =.=’

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

p/s : wish me najah in this final exam. Amin~

15 may 2013 (1555pm waktu jordan)

Road To Final Exam

 

 

20130514_203801_1

 

Assalamualaikum. :)

hyep. lama sangat kan lieya tak menjengah ke blog lieya nie. bila lieya tengok balik entry lieya untuk tahun nie, rasanya sebulan sekali je lieya update blog. but lieya tak adalah sedih sangat pon tinggalkan blog nie lama-lama tanpa entry baru. sebab apa? sebab lieya tak rasa ada yang nak baca blog lieya yang ntah-papa-ntah nie.

actually, lieya bukan tak nak update tapi sem nie lieya tersangat-sangat lah sibuk. seriously, jalan pun kadang-kadang tak jejak tanah. erk? lieya manusia tahu. not ghost! trust me! sampai lieya pun tak sedar yang hari nie lieya dah pon start final exam. rasa macam baru semalam jer baru start sem alih-alih dah nak habis sem dah pun. alih-alih lagi 3 minggu lieya nak jejak tanah melayu balik (tak sabar nak balik!!).

ok lah. pagi esok lieya ada paper nak kena hadap. makanya, malam nie lieya kena hadap buku. *tapi, sempat lagi kau hadap blog nie ye, lieya* :P

by the way, 6 may sudah berlalu. kenapa dengan 6 may? 6 may birthday si-dia yang ke-_ _ . agak sendiri lah ye.

12 may pun sudah berlalu.

12 may menjadi saksi 2 tahun sudah kami bersama. moga kami akan kekal sampai akhir hayat ye. ;)

dalam orang tengah sibuk nak final nie, lieya nak ucap barakallahulakuma pada kawan lieya yang sudah menamatkan zaman bujang nya. gambar? nanti lieya update ye. tapi majlis biasa-biasa je sebab kahwin dekat luar negara kan. kahwin tanpa ibu ayah ada di sisi. jadinya, kami, kawan-kawan yang baik hati nie lah yang menguruskan nya. *biar pun belakang tabir je*

kawan sudah kahwin, lieya bila lagi?

tak tergugat ke?

ramai kot yang tanya macam tu. aiseyhman. ada rezeki lieya kahwin lah. cuma tarikh nya masih lagi menjadi rahsia Allah. doakan untuk lieya ye. :)

ok lah. lieya kena undur diri dulu nie.

babai korang. nanti lieya update gambar kahwin kawan lieya.

doakan lieya dipermudahkan menjawab exam ye. Amin~ :)

 

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

p/s : last paper 23/5. tak sabar nak habis exam

14 may 2013 (2230pm waktu jordan)

 

 

 

 

 

Winter Sedang Mengintai. ^^

 

 

Enjoy-Winter-Season-520x398

*gambar hanya hiasan semata-mata

 

Assalamualaikum. :)

waaaa~ dah lama lieya tak update blog lieya. [padahal tiap-tiap hari menjenguk blog untuk 2 or 3 saat. hehehe]

ok. kajian cuaca hari ini sangat tidak memberansangkan… and… bla… bla… bla… bla…

stop the nonsense. hikhikhik.

biasa lah. gian nak update blog. nak buat macam mana dah lama gila kowt lieya tak update. dah berdebu blog lieya.

actually, lieya busy. busy dengan exam. sangat-sangat busy. sekarang ni kira ok sikit la kan.

tak tahu nak buat apa. boring-boring dekat rumah. tak dapat nak keluar rumah sebab ribut pasir sedang melanda. jadi untuk tidak diterbangkan oleh angin lebih baik lieya duduk berehat dekat rumah kan.

mungkin sekejap lagi hujan akan turun.

and it’s mean, dah masuk winter.

maka, kenalah pakai tebal-tebal untuk ke kuliah.

and, sekarang nie pun ribut pasir tengah melanda.

 

sau-sandstorm

*picture belas ihsan dari google. [tak sempat nak captured]

 

see?

macam nie la keadaan kalau ribut pasir sedang melanda. dan mula bau-bau debu hinggap di rongga hidung.

know what, kalau ribut pasir macam nie, bahaya tau, ramai yang akan demam. ramai yang akan batuk-batuk.

ok lah. tak ada ape yang lieya nak cerita kan lagi.

see you soon. ^^

 

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

p/s : kena jaga kesihatan. dah lah dalam minggu exam. aduyaiii.

 

 

 

Check List! Check List! Check List!

 

check list

 

Assalamualaikum. :)

dah tak lama dah. tak sampai sebulan pun lagi lieya akan tinggalkan tanah melayu.

so, hari-hari yang tinggal lieya kena lah fikir barang apa yang perlu di bawa.

tu yang sampai ada check list tu.

kalau ikut kan memang semua barang lieya nak bawa tapi takut lah pula melebihi had kilo yang ditetapkan.

so, kena lah pilih-pilih.

kalau kena pilih ni lah yang susah.

mana yang perlu, mana yang tak perlu, mana yang penting, mana yang tak penting, mana yang ada dan mana yang tak ada.

*sigh* 

ok lah. out dulu. :)

before that…

---> tekan sini dulu <---

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Can You Please Stop Use That Link In My Shout Box? *sigh*

 

Assalamualaikum. :D

sebelum ni lieya hanya baca entry orang lain je yang marah-marah pasal ada yang letak link iklan says, churp-churp and any else dekat shoutbox.

right now, lieya pula yang nak marah.

SILA.JANGAN.LETAK.LINK.IKLAN.DEKAT.SHOUTBOX.LIEYA!

hormati blogger lain then orang lain akan hormati kita.

lieya pagi tadi kena dua kali. tekan je terus ke iklan says or churp-churp. memang tak habis loading lagi lieya dah close tab. lieya bukan jahat. tapi, nak kena ajar sikit orang macam ni. lieya pun tak pernah letak link iklan dekat shoutbox orang.

kalau mintak cara baik, mungkin lah boleh bagi hati lieya ni lembut sikit nak tekan link korang tu.

tapi, kalau korang minta dengan cara macam tue memang lieya tak akan tekan link tersebut. kalau tekan pun cepat-cepat tekan pangkah. sorry!

kalau ya pun kesempitan duit sila jangan tunjukkan.

lieya pun tengah kesempitan duit tapi tak adalah sampai terdesak sangat nak letak link iklan dekat shoutbox blogger lain.

ada banyak lagi cara lain. sila guna akal yang waras ye.

lieya malas nak beritahu siapa yang buat kerja macam tu.

and don’t do a stupid thing for a second time. [AMARAN KERAS]

muka marah

credit to pak cik google

---> tekan sini <---

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

p/s : siapa rasa nak lieya tekan iklan dia sila komen dekat bawah. nanti lieya tekan ye. :P 

Tangan Kuhulurkan Demi Secebis Kemaafan

 

Assalamualaikum. :D

hampir semua entry blog yang lieya follow, dalam beberapa hari ni semua nya update tentang hari raya kan.

ok. lieya pun tak nak ketinggalan juga nak update tentang syawal yang bakal tiba.

dalam masa kita bergembira, lieya sebenarnya sedih.

sedih sebab ramadhan bakal meninggalkan kita semua.

mana lah tahu lepas ni tak jumpa dah ramadhan yang akan datang. sob sob sob. :’)

firstly, lieya nak minta maaf. takut-takut lieya ada buat blogger lain tak senang akan entry yang lieya update. takut-takut lieya ada tercopy entry orang lain. [setakat nie memang tak ada yang lieya copy ek]

secondly, lieya nak minta maaf dekat semua kawan-kawan lieya tak kira lah di alam nyata atau pun alam maya.

exactly, ramai kawan lieya dekat jordan sana cakap, ramadhan dan syawal di jordan amat beza sekali. rugi sangat kalau tak merasainya dengan sendiri.

seriously, cemburu yang amat sebab lieya masih lagi tak ada kesempatan nak sambut ramadhan dan syawal di jordan. really really jealous with them. :’)

dan dengan penuh rendah diri lieya hulurkan tangan untuk secebis kemaafan dari kamu semua. o-0 ek. :)

ok. apa-apa pun. nak ucap selamat hari raya maaf zahir dan batin. :D

 

AIDILFITRI

 

Arsyad pun ada nak ucap juga dekat korang semua. :)

 

arsyad tomey

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

p/s : lieya still update blog lagi ye. raya pun lieya still lagi update.

Judge Diri Sendiri Dulu Before Judge Orang Lain

 

Assalamualaikum. =)

 

judge gavel order in the court

 

pagi tadi, ade someone ni tegur lieya dekat muka buku. lelaki. honestly, lieya memang agak tak berapa nak layan kalau lelaki ni. but, kalau lelaki tu dekat dengan lieya, rapat dengan lieya, lieya tak berapa lah nak kisah kan.

someone nie lieya baru add balik dekat muka buku. lieya add balik sebab lieya pikir dia kawan satu universiti dengan lieya. then, kalau nak minta tolong ke apa ke senang la.

tapi, bila dia macam nak kutuk-kutuk orang yang lieya sayang sedangkan dia tak pernah kenal pun orang yang lieya sayang, memang lah lieya angin.

tak suka tak suka tak suka!

before talking about others, please look at our self dulu.

silap-silap hari bulan lieya unfriend dia balik. huh!

dulu unfriend pun sebab dia jenis yang tak paham bahasa melayu still lagi nak mengayat even lieya dah kata lieya ada somebody. so, dari melayan dia baik lieya jaga hati somebody tue then unfriend. sorry!

so, the rest is history.

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

I’m Trying.

 

Assalamualaikum. :)

 

How-To-Write-Something-Never-Experienced

 

seriously, i’m trying hard, very hard to get back myself like the old time.

*sigh*

tapi, semuanya tak boleh nak putar kembali.

so, redha dengan ketentuan Allah. that’s it. kena redha dan syukur.

dan lagi better yang this time dari old time. need to go. out.

Salam.

Dari Abu Al 'Abbas, 'Abdullah bin 'Abbas"Wahai anak muda, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat : Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjaga kamu. Jagalah Allah, niscaya kamu akan mendapati Dia di hadapanmu. Jika kamu minta, mintalah kepada Allah. Jika kamu minta tolong, mintalah tolong juga kepada Allah. Ketahuilah, sekiranya semua umat berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu keuntungan, maka hal itu tidak akan kamu peroleh selain dari apa yang sudah Allah tetapkan untuk dirimu. Sekiranya mereka pun berkumpul untuk melakukan sesuatu yang membahayakan kamu, niscaya tidak akan membahayakan kamu kecuali apa yang telah Allah tetapkan untuk dirimu. Segenap pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering."

 

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

p/s : tak paham entry ini tentang apa sila pangkah cepat-cepat ye. :P

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

 

Assalamualaikum. =)

happy sangat-sangat.

biar pun lambat tapi lieya turut bergembira dengan berita nie.

tahniah kawan kerana telah melahirkan bakal mujahidah solehah suatu hari nanti. :D

mabruk alaiki.

 

549045_483951591632172_2075871933_n

 

Anis Syifa’ Humaira’.

semoga bakal menjadi anak yang penyejuk mata ummi dan abi ye. :D

syifa’…

rindunya dekat baby nie. biar pun tak jumpa lagi tapi lieya sudah rindu dengan syifa’.

syifa’, suruh ummi cepat habis pantang ye, nanti ikut ummi balik jordan, jumpa dengan cik lieya.

dah nak masuk 2 minggu dah baru lieya tahu pasal kelahiran anak pertama kawan lieya nie. teruk kan lieya nie. huhuhu.

tapi, apa-apa pun. take care ye kawan. semoga sihat selalu. dan semoga berbahagia dengan suami dan anak tercinta. :D

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Senyum Itukan Nampak Indah.

 

Assalamualaikum. :D

lagi? mesti korang semua dah jemu kan tengok new updates dekat dashboard korang. asyik-asyik dari blog lieya.

hehehe.

nie lah lieya.

kalau lieya ada banyak benda nak kongsi dalam masa 1 sejam boleh dapat 2 entry tau.

kalau tak ada benda, paksa lah macam mana pon memang lieya tak akan tahu nak kongsi apa dekat blog nie.

ok. jom tengok picture nie…

561235_444376162268654_895938188_n

"If you lost your smile when something happen to you,i'll give you one of mine"

_____________________♥ (: _________________________
"I hope you will happy again"
and remember dear!


JUST SMILE AND NOTHING CAN'T OVERCOME ^_^
Nabi Muhammad S.A.W. said : "and when you speak to your brother,show him a cheerful face"

 

senyum lah walau dalam keadaan macam sekali pun.

kerana senyum itu kan nampak indah. :)

Nabi Muhammad pun sentiasa tersenyum biar pun banyak kali dilukai.

kalau korang tak ada senyuman, pergi ambil satu dekat dalam picture tue. lieya nak kasi yang lieya punya tak boleh. mulut lieya ada satu jer. hihihi. :P

 

jom buat amal jariah.

senyum dulu tau.

---> click sini <--- terima kasih. :D senyum itu kan sedekah.

 

 

 

regards,

lieyasyaira

p/s : :D

Mengarut~

 

Assalamualaikum. =)

apa yang mengarut nya lieya?

nie haa~

cuba tengok nie…

twitter

*gambar terpaksa di coret lantaran terlalu memalukan.

 

haa~ nie la.

sejak lieya buat private lieya punya tweet status, makin ramai pula orang-orang yang mengarut request nak follow lieya.

kalau bukan selalu lieya tak kisah.

nie hari-hari.

hari-hari pula dapat lah request dalam 6 or 7 dari orang yang mengarut macam kat dalam gambar tue.

haishhh.

geram pun ada juga.

time lieya tak buat private, tak ade la pula yang nak follow. nie dah buat private makin ramai. ramai sangat. dengan orang yang mengarut.

ayoyoyo.

apa nak jadi lah.

~~~~

hah~ yang nie pun satu. cuba click sini kalau nak tahu apa dia. ~

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

 

 

Yahooo~ *Senyum Sampai ke Telinga

 

Assalamualaikum. =)

Petang nie lieya happy.

Happy sangat-sangat.

sebab hand phone lieya yang rosak hari tue [baca entry ini] dah siap baiki. :D

Alhamdulillah.

Kalau tak dapat baiki tue memang merana lah lieya.

tapi, lieya still lagi sedih.

sebab memory card lieya masuk virus dan lieya still tak dapat nak buang virus tue.

ada siapa tahu macam mana nak buang virus yang folder dia tak boleh nak delete tue?

kalau ada comment tau.

lieya sayang lah memory card tue. dah lah 8gb. banyak tue. tak kan lah nak biar kan macam tue jer. beli pun mahal.

kalau ada sape-sape yang tahu komen tau.

lieya dah penat cuba bermacam-macam cara tapi still tak dapat buang virus tue.

please somebody help lieya. :(

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Dia Ada Hak Nak Marah Lieya?

 

Assalamualaikum. =)

Hari nie memang lieya tengah bengang gila dengan dia nie.

siapa dia nie?

cuba baca entry ini, ini dan ini 

boleh pula dia kata dia berhak marah lieya setelah apa yang dia dah buat dekat lieya selama ini.

aduiii. pelik betul la manusia sorang nie.

siap cakap lieya maki hamun, caci maki dia lagi.

padahal apa yang lieya cakap dekat dia semua nya hakikat yang sebenar-benar nya.

habis tue, lieya nie tak berhak lah nak marah dekat dia yang janji segala macam dan tak tunai kan.

lieya tak berhak lah nak marah dekat dia yang dah pinjam duit lieya yang banyak tue dan tak bayar balik.

memang orang macam nie tak boleh percaya langsung.

ikut kan hati, dah lama lieya buat report sebab dia nie makan duit orang dan penipu besar.

tapi lieya sabar tau.

sabar sangat-sangat.

tapi sabar lieya nie dia pijak-pijak macam lieya nie tak ada maruah langsung.

tapi sabar lieya nie ada tahap nya.

jangan sampai lieya report dekat kedutaan dan buang dia dari Jordan.

Astargfirullah Al-Azim.

nasib baik lah nie bulan puasa. kalau tak memang teruk lah dia kena.

ok lah. lieya off to solat asar jap.

sabar jer. sabar kan sebahagian daripada iman. :’)

 

428942_262567633858107_444792491_n

 

 

regards,

lieyasyaira

Diary Ramadhan #Day 4

 

Assalamualaikum. ツ

tak ada benda nak cerita sebenar nya. cuma semalam hujan lebat sangat.

masa on the way ke Qaryah Ramadhan tue, dah nampak dah langit gelap. tetap juga nak pergi sebab imam terawih baca best biar pun lama.

5 minit sebelum berbuka, hujan turun dengan ribut yang kuat.

semua yang duduk di bahagian tepi terus melarikan diri masuk ke dalam.

basah. bukan setakat basah, banjir sekali dekat khemah tue.

ok. stop cerita pasal hujan.

lepas habis solat terawih, lieya keluar lah dari tempat solat tue dengan mummy lieya.

tengok-tengok selipar.

cari-cari selipar.

tak jumpa.

rasa nya lieya da letak dekat tempat yang sama.

mummy lieya sempat cakap dekat lieya, balik dengan kaki ayam jer la.

haishhh. nie yang bikin hati lieya panas nie.

lieya tak putus asa. lieya cari juga. lieya pergi dekat sudut then JUMPA!

ayoyo. makcik pakcik, kalau nak guna selipar lieya, lieya kasi jer. dengan ikhlas hati lieya kasi pinjam untuk ke tandas tapi letak lah dekat tempat asal.

ponat eden mencari nyo~ [haaa~ kan dah ‘ter’cakap loghat negeri sembilan]

ok lah.

nanti lieya sambung lagi ya. :D

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira.

Sabarlah Wahai Hati. ;’)

 

 

Assalamualaikum. :’)

 

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung.”
[Al-Imran : 200]

 

Sabar biar pun hati tengah berdarah.

Sabar. Sabar. Sabar.

Akan ada hikmah nya lieya dia buat macam tue.

Ingat janji Allah, lieya. pasti Allah akan memberi ganjaran kepada hamba-hambaNya yang bersabar.

kalau ikut kan hati memang lieya da tampar-tampar pipi dia. da tarik-tarik rambut dia. da maki hamun dia depan orang ramai. tapi lieya tahu segala perbuatan lieya tue tak disukai Allah. jadi, SABAR.

ermm. kenapa lieya marah sangat nie?

lieya bukan nak burukkan dia tau. tapi memang lieya da tak mampu nak pendam da dekat dalam hati lieya nie.

someone nie, dia dulu memang baik sangat dengan lieya. lieya pun tak tahu apa motif sebenar dia. lieya just think positive jer la time tue.

dia tak ada kawan, kena kutuk dengan orang ramai. kena pulau. so, tak kan lah lieya nak pulau kan dia juga kan. da la lieya tinggal satu asrama dengan dia.

tapi, lama-lama baru lieya sedar.

seorang sahabat akan tegur diri lieya bila lieya leka dan alpa.

seorang sahabat akan bagi contoh yang terbaik untuk lieya ikuti dia.

tapi, mana ada semua tue.

entah lah. *sigh*

semua orang tengah marah dengan dia.

kenapa?

sebab dia kalau pasal duit memang celik mata dia luas-luas lah.

banyak benda yang dia da tipu lieya dan kawan-kawan lieya.

dan banyak juga duit lieya dan kawan-kawan lieya dia pinjam. kalau sikit lieya tak kisah tapi bila dah mencecah seribu plus plus memang lieya angin lah kalau dia tak nak bayar. sampai sekarang pun tak bayar lagi.

bila bercakap nampak macam wali tapi jangan cuba bermain dengan kata-kata dan dalil-dalil al-quran andai tak tahu apa makna nya.

tapi, bila difikir kan balik.

kenapa orang ramai pulau dia?

kenapa orang ramai bercakap pasal dia?

pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin.

jadi, apa yang orang lain kata yang dia makan duit orang tue betul lah, kan?

apa yang orang kata dia kuat menipu betul lah, kan?

ya Allah.

lieya stop dulu. malas nak membangkit kan lagi amarah yang ada dalam diri.

moga Allah memberi kesabaran yang maksimum pada lieya.

 

sabar-ujian

*credit to iluvislam.com

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

p/s : ingat senang ke nak sabar. tapi apa yang boleh lieya buat. lieya hanya mampu sabar. Insyaallah, janji Allah itu pasti.

off to asar. jom solat~ :D

 

 

 

Diary Ramadhan #Day 2

 

Assalamualaikum. :)

sebenar nya semalam lagi lieya nak update tapi tak sempat. hurmm

semalam umat islam di malaysia telah pun berpuasa. kalau di timur tengah start hari jumaat lagi tau.

ok. pagi semalam, daddy telah mengisytihar kan satu peraturan baru dekat rumah.

apa?

SEMUA KENA PERGI SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI MASJID. :D

huhuhu. then, lieya pun pergi lah dengan family lieya. Alhamdulillah. Syukur sangat dapat berjemaah di masjid.

yang paling tak tahan nya. waktu subuh kan still tak ada orang lagi di jalan raya, so, dengan selamba nya daddy telah melanggar traffic light. [nak cepat punya pasal]

39700_423192879799_8328130_n

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Sedih nya Hati. :’(

 

Assalamualaikum. :(

pagi-pagi lagi dah buat lieya sedih.

sedih sangat.

kenapa?

sebab hand phone lieya rosak. blank jer. gelap jer. :(

lieya bangun jer tadi terus tengok hand phone. kenapa hand phone nie nampak gelap jer. lieya tekan button on pun tak nyala juga. dalam otak fikir mungkin habis bateri. lieya pergi lah charge. tapi tak nyala pun. sedih nya. :’(

dah lah hand phone kesayangan. hand phone tue abang yang bagi. pakai pun tak sampai setahun lagi. dah rosak dah. uwaaaaaaaa~ sedih nya. :’(

abang. sorry. sebab tak jaga hand phone tue dengan elok. tak tahu nak cakap macam mana dengan abang. :(

ermm. :’(

kawan-kawan semua. boleh tolong lieya tak?  tolong click semua iklan di blog lieya nie. lieya tak nak abang tahu. so, lieya fikir lieya nak kumpul duit dari situ. tolong ya kawan-kawan. :’)

 

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

p/s : abang, nak samsung Galaxy. :P [sempat lagi ya kau lieya time tengah sedih-sedih nie]

Penantian Telah Berakhir

 

Assalamualaikum. ツ

Firman ALLAH S.W.T.

“Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan AL-Qur’an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). Kerana itu, barang siapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa), maka (wajib menggantinya), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur.” [Al-Baqarah: 185]

 

Salam Pagi Jumaat yang penuh Barakah. ^^

akhirnya penantian umat islam telah berakhir pada tahun ini. bulan yang ditunggu-tunggu telah tiba. ucapkanlah Alhamdulillah kerana berjaya sampai di bulan Ramadhan yang penuh Barakah ini.

Alhamdulillah. [dah macam nak bagi ceramah la pula]

apa-apa pun Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

dah sedia ke semua nak kejar pahala yang berlipat ganda di bulan Ramadhan nie?

jangan ingat bulan Ramadhan nie hanya untuk menahan lapar di siang hari sahaja.

jangan ingat bulan Ramadhan nie hanya untuk kita berpuasa sebulan dan sesudahnya kita bergembira menyambut Syawal.

so, tepuk dada tanya iman apa yang kita semua mahu kan di bulan Ramadhan ini. :)

 

427495_391520664244240_1249575319_n

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Jom Kenal Pasti IQ Kita.

 

Assalamualaikum. ;)

2 3 hari lepas abang lieya ada suruh lieya buat IQ test. then, dengan berat hati nya lieya pun buat la IQ test tue. tak susah pun. tak perlu nak jawab soalan panjang-panjang la bagai. hanya perlu pilih jawapan yang sesuai je. erk. =_=’ ye ke? ermm. maybe. hikhikhik. :P

so, dengan berkobar-kobarnya lieya pun buat lah IQ test nie.

mula-mula tue ok lagi. tapi bila baca jer dia punya intro, terus rasa tak semangat nak jawab. mana mungkin lieya mampu jawab 39 soalan dalam masa 40 minit. meaning nya 1 soalan dalam 1 minit lebih sikit. dush dush dush. time tue macam tak mampu jer nak lawan dengan abg. tapi, lieya gagahkan jua hati lieya untuk menjawab semua soalan yang diberikan. aduiii. [jawab soalan pun tak tenang duk tengak masa tengah berjalan]

lastly, lieya berjaya jawab semua soalan yang diberikan.

so, nak tahu tak berapa IQ lieya. ok. jeng jeng jeng.

iq test

tipu jer la. yang nie abg lieya punya IQ dia. :P

pang pang pang. padan muka kau lieya kena tampar. siapa suruh kau menipu. :P

ish ish ish. bukan menipu la. tapi bergurau jer. hikhikhik. :D lieya punya bawah sikit dari abg lieya punya IQ. huhuhu. tak hairan lah kalau IQ abg lieya dapat 110. memang budak bijak. tak perlu study dah boleh jawab exam. opssss. bukan nak bangga tau tapi cemburu dengan otak dia. huhuhu. ;)

haa~ nak tahu juga yang lieya. tak perlu lah. tak penting pun.

so, lieya dah tahu IQ lieya berapa. kau orang bila lagi nak tahu berapa. kalau nak tahu click sini. :D

---->Iklan jap<---- [duit tabung nie. terima kasih kepada semua yang click. :D]

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Lagu Ini Teramatlah Sweet. ;)

 

Assalamualaikum. :)

dah lama rasa nya lieya tak post pasal lagu, kan?

kali nie lieya nak bagi satu lagu khas untuk kawan-kawan lieya yang dah banyak menolong lieya selama nie. [aduii, tiba-tiba rasa sebak pula kat dada lieya nie. sob sob sob. ;’)

lagu nie sweet sangat bagi lieya. tak tahu la bagi kau orang semua macam mana pula, kan?

nah, dengar la lagu nie. but, before that, sila pause kan lagu yang sedang berkumandang di halwa telinga anda sekarang ini. :P

sweet kan?

dari semalam lagi lieya duk putar lagu nie sampai cair tahi telinga lieya nie. [euwwww, pengotor nya kau lieya] hikhikhik. tak adalah sampai macam tue sekali.

siapa-siapa yang rasa suka dengan lagu nie, sila-sila lah komen dekat bawah nie. [ceh, tak malu betul kau nie lieya minta orang komen dekat entry kau, :P]

ok lah. enjoy ya dengar lagu nie. :)

 

 

 

regards,

lieyasyaira