lieya here ^-^

My photo
hanya meluah segala buah fikiran yg agak kalut ... huhu .. dan meluahkn sglanyer dri sudut hati lieya .. lieya just want to be a simple person for everyone who know about me .. ngee ~!

teman-teman lieya

Showing posts with label Diari Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Diari Ramadhan. Show all posts

Diary Ramadhan #Day 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25 & 26

 

Assalamualaikum. =D

*sigh*

7 hari lieya tinggalkan diary ramadhan ni.

seriously memang lieya tak ada mood langsung nak update blog.

bila buka je windows live writer then nak start menaip, lieya backspace balik then tutup windows live writer. rasa macam kosong je minda. tak tahu nak kongsi apa sedangkan banyak yang terjadi dalam tempoh tu.

baju kurung yang lieya jahit sendiri dah siap.

lieya cuba buat something yang lain.

lieya cuba untuk khatam hadis lagi sekali.

lieya buat marathon korea and jepun.

lieya…

lieya…

and lieya…

tapi semua tu tak terluah and tak tahu macam mana nak luah.

sedang kan sebelum ni kalau buka je blog ada jer idea yang jatuh dari kepala. [macam sekarang nie la, cuba check berapa banyak lieya update blog untuk hari ni sahaja]

ada masa kita cuba nak luah tapi tak mampu nak kongsi dan ada masa kita tak nak luah tapi banyak je yang lieya pot pet sana sini.

bile buka blog ni, lieya tengok calendar. ramadhan pun dah tak lama nak berlalu pergi.

then, lieya rasa macam banyak yang lieya tertinggal nak kongsi dengan semua pembaca blog nie [even lieya tahu tak ada yang nak baca pun, sekurang-kurangnya akan jadi tatapan lieya pada masa depan]

bila pikir-pikir balik, kesian pula dekat blog lieya yang dah lieya abaikan.

so, lieya lepas ni kena rajin update blog. :P

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

p/s : kalau rasa entry ni annoying sila tekan button pangkah laju-laju. tak paksa pun tuk baca. :) 

 

Diary Ramadhan #Day 18

 

Assalamualaikum. =)

gaduh-e12878388154732b252812529

*credit to pak cik google

 

lieya gaduh dengan adik lieya. gaduh besar. adik yang buat salah tapi lieya pula yang kena marah dengan mummy dan daddy. :(

 

 

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Diary Ramadhan #Day 17

 

Assalamualaikum. =)

sedar tak sedar kita dah nak masuk ke penghujung ramadhan dah.

hari nie Ramadhan ke 17.

maknanya hari nie adalah hari dimana diturunkan Al-Quran.

ok. hari nie memang lieya tak ada buat apa-apa pun kat rumah nie.

kira nya membuta jer lah ye. [eh, mana ada tau. lieya kemas bilik ye, bukan membuta]

hahaha. :P [aku yang tulis aku sendiri yang gelak. padahal tak kelakar pun]

dush dush dush. keep quiet, ok?

ok lah. ermm. apa ye.

tak ada idea sebenar nya nie.

apa kata layan gambar nie. pasti korang semua akan gelak bagai nak rak.

 

422313_433497253367521_494968117_n

 

hahahaha~

kat tempat korang pernah jadi ke macam nie?

lieya teringat satu kisah masa lieya dekat sekolah menengah. lieya dulu duk asrama, jadi macam-macam lah peristiwa yang berlaku.

masa tue bulan puasa.

dan hari tue dah nak buka puasa dah pun.

tinggal berapa minit jer lagi.

then, tiba-tiba kami semua terdengar azan dilaungkan. masa tue lieya macam pelik lah kenapa azan dekat sekolah lieya nie awal pula.

yang mana yang tak rasa kepelikkan yang macam lieya nie memang terus menyuapkan makanan untuk berbuka lah.

then, tak lama lepas tue, ada seorang senior lieya menjerit.

“Jangan berbuka lagi. Tak masuk waktu lagi. Tadi K.Yun yang tiba-tiba gatal nak melaungkan azan.”

masa tue, memang dah tak tahu nak cakap apa lah bila tengok muka kawan-kawan yang cuak sebab dah terbatalkan puasa.

memang patut lah tak leh nak bezakan suara perempuan ke suara lelaki sebab suara senior lieya tue garau sikit.

nasib baik lah lieya tak sempat nak masukkan makanan kat dalam mulut lieya. kalau tak batal puasa lieya. tapi, kesian dekat kawan-kawan yang dah terbatal tue la.

aduiii. kesian kesian kesian.

hah~

orang perempuang tak boleh azan tau. tengok lah sendiri apa padahnya.

jom buat amal jariah sikit.

---> click sini dan sini <---

 

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Diary Ramadhan #Day 16

 

Assalamualaikum. =)

*sigh*

lieya asyik lambat jer update diary Ramadhan nie. maklum lah sejak kebelakangan nie lieya sibuk sikit jer.

buat tue la, buat nie lah.

last-last tak sempat nak update Diary Ramadhan nie.

ok lah. lieya tak ada ape nak kongsi.

cuma semalam lieya dah berjaya menjahit baju kurung. Alhamdulillah.

dari sehelai kain, kini dah menjadi sepasang baju.

cuma, lieya sedikit kekok lah nak menjahit guna mesin nie.

dah jahit lepas buka semula jahitan tue.

hahahaha.

biasa lah budak baru belajar kan.

:D

esok Nuzul Quran. :)

hari yang diturunkan AL-Quran. :)

jom. esok ramai-ramai pergi Qaryah Ramadhan.

 

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Diary Ramadhan #Day 15

 

Assalamualaikum. =)

entry nie sepatut nya lieya post semalam tapi tak sempat.

khusyuk sangat menjahit. huhuhu.

semalam, hati lieya turut bersedih bila kawan lieya, bestfriend lieya tengah bersedih.

tak tahu nak cakap macam mana. till then, hanya mampu cakap sabar jer wahai kawan. :’)

lieya tahu, dengan ungkapan sabar tue mungkin tak mampu nak redakan hati yang mungkin telah kecewa.

lieya tahu, dengan ungkapan sabar tue mungkin tak mampu nak hentikan tangisan sahabat lieya tue.

apa yang lieya mampu, hanya lah berdoa moga Allah tabahkan hatinya.

lieya tahu sape yang tak sedih, kalau borang kahwin dah pun ambil, baju pengantin pun dah siap, last-last ibu si lelaki tidak mengizinkan.

tapi, life must go on.

lepas nie kalau ade nak mengutuk ke nak mengata ke, biarkan mereka. mulut manusia nie kita tak mampu nak diamkan. lama-lama nanti mereka semua akan bosan dan dengan sendirinya mereka semua akan diam.

hey, lieya tak tahu nak cakap apa.

lieya pun turut sedih.

tapi ingat lah, Allah takkan beban seseorang hambaNya kalau DIA rasa hambaNya tak mampu nak tanggung.

setiap manusia ada masalah nya.

lieya sendiri ada masalah dan ujian yang Allah berikan pada lieya.

tapi kawan, jangan cepat mengeluh kerana tika ini lah Allah ingin dengar kita merintih, mengadu padaNya.

dan Allah rindukan rintihan kita.

jangan berterima kasih pada lieya sahabat. kerna ini lah erti persahabatan. kerna ini lah gunanya ada sahabat di sisi. :)

 

friends_2049532b

 be strong sahabat. ;’)

jangan fikir lieya tak ada disisi, dirimu keseorangan.

tapi fikirlah, bila sahabat tiada disisi, Allah sentiasa dekat dengan aku.

 

this song for you sahabat. :D

When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows
When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows
CHORUS
No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows
When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows
When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows
CHORUS
When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows
You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows
CHORUS (x2)
BRIDGE:
Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows

---> click sini kalau ingin dengar <---

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

p/s : i love you more than myself, sahabat. you are not alone dear. you still have me and your family. :)

Diary Ramadhan #Day 14

 

Assalamualaikum. =)

sedar tak sedar dah masuk pertengahan bulan Ramadhan dah.

hurmm. cepat nya masa berlalu. kejap lagi dah nak habis bulan Ramadhan.

Ramdhan bakal meninggalkan kita semua. haihhh~ ada peluang lagi ke nak sambut Ramadhan nie.

takutnya tak sempat nak raya ajal dah datang. [nauzubillah, mengarut jer kau lieya cakap macam nie]

tadi, duk tengah-tengah khusyuk lieya duk dengar lagu zain bikha tiba-tiba lieya terkejut dengar something.

terkejut beruk tau lieya dengar bunyi tue.

dengar apa? mesti kau orang curious kan? hihihihi.

tak ada lah. dengar bunyi mercun lah.

lieya nie dah lah lemah semangat sikit, then tiba-tiba bunyi mercun kuat gila kowt menyapa telinga lieya nie.

mana tak tersentak nya. [kus semangat lieya]

nasib baik tak pengsan. huishh. budak-budak zaman sekarang nie tak sayang nyawa ke?

lieya sekarang nie dah mula nak jahit baju kurung.

seriously, lieya memang tak pandai nak jahit guna mesin. [kalau guna tangan boleh la. =_=’]

macam apa entah lieya jahit tadi. hushh. takut lah pula baju tue tak menjadi. hope menjadi lah. kalau siap awal boleh pakai masa raya nanti.

hehehe. :P

takut tau nak guna mesin tadi. macam orang bodoh lah juga tengok cara cikgu ajar guna mesin tue. [dah lah laju gila cikgu ajar tadi. tak sempat nak tangkap]

tapi, kalau lieya tak belajar macam mana nak pandai kan?

lagi pun memang lieya minat dengan jahit-menjahit nie.

pernah juga berangan nak ada kedai jahit sendiri. [dah mula berangan lah tue lieya. jangan jadi macam mat jenin sudah]

insyaallah akan usaha kan bila dah selesai study nanti. :D

 

Blossoming Fruit Trees, Mosier, Oregon

credit to pak cik google. :)

 

 

jom buat amal jariah sikit.

---> click sini <---

terima kasih. ;)

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

p/s : korang perasan tak lieya dah tukar lagu dalam blog lieya nie?

Diary Ramadhan #Day 13

 

Assalamualaikum. =)

aduiii. malam nie betul-betul kalut.

kalut sangat.

apa yang kalut nya? sampai kau ulang dua kali tue.

hehehe. :P

kalut tolong kawan daftar subjek. huwahuwahuwa. :D

sekejap nak subjek tue, sekejap tukar subjek yang nie la. sekejap nak subjek tue balik lah.

last-last lieya yang pening.

nie la susah nya bila duduk jauh dari senior yang berpengalaman.

kalau dekat jordan senang sikit, boleh lah tanya terus dekat senior yang pernah ambil mana-mana subjek yang lieya nak daftar.

maaf ye kawan kalau ada tersilap daftar tadi.

tapi rasa nya semua nya dah betul dah.

tengah-tengah menaip entry nie lieya baru teringat yang lieya belum siap gunting kain untuk buat baju kurung. huaaaaa~ :’( esok ade kelas. aduiii. macam mana nie. sape nak tolong lieya guntingkan angkat kaki. hihihihi. :D

ok lah. sebelum lieya nak pejam mata nie, lieya nak minta korang buat amal jariah lah sikit ye.

nah, click sini. kalau tak nak tambah pahala tak payah click. orang nak bagi tambah pahala pun tak nak. [banyak bunyi lah pula lieya nie. :P] kepada yang click jasa korang hanya Allah yang mampu membalas nya. terima kasih ye.

ok lah. night semua.

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

p/s : alhamdulillah. abang lieya sudah selamat sampai di Kota Madinah. :)

Diary Ramadhan #Day 12

 

Assalamualaikum. =)

huwaaaaaa~

lieya jealous, jealous, jealous!!!!!

tadi baru jer lieya dapat good news dari ex-schoolmate lieya.

berita dia nak kahwin lepas raya nie.

jealous nyer.~

entah bila pula giliran lieya. hurmmm~

menunggu, menunggu dan terus menunggu.

perancangannya memang dah ada tapi kita yang merancang Allah yang menentukan.

doakan untuk lieya ye kawan-kawan. [terima kasih :D]

apa-apa. tahniah pada kawan lieya tue.

orang pertama tue dalam batch lieya yang kahwin.

tahniah ye~! moga kekal hingga akhir hayat. :D

nanti giliran lieya pula. insyaallah tahun depan!

 

kahwin131208

*credit pada pakcik google

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

p/s : nak kahwin cepat [ceh, gatal gila kau lieya] eh, apa nya. menyempurnakan separuh agama tue. :P

Diary Ramadhan #Day 11

 

Assalamualaikum. :)

nothing. just want sharing something nice. :D [tunggang langgang kut english aku]

 

560890_473597422652416_1186776376_n

^^

kita sekarang nie dah masuk fasa ke2 iaitu fasa keampunan.

macam mana semua? dah ready ke?

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Diary Ramadhan #Day 10

 

Assalamualaikum. =)

malam nie sayu jer hati lieya.

pagi esok dalam pukul 5 pagi, abang lieya yang sekarang nie berada di Mesir akan berangkat untuk berjumpa dengan kekasih yang tidak mati dan tidak hancur.

terasa sayu bila mendengar suara mummy yang seakan-akan menahan tangis tika berbual dengan abang lieya.

terasa sayu bila mummy menumpahkan air matanya tika tadarus.

lieya tahu mummy mahu menangis dengan apa yang diperkatakan oleh abang lieya.

lieya tahu mummy sedih mendengar suara abang lieya memohon ampun atas kesalahannya.

dan lieya bertambah sayu bila abang lieya bercakap dengan lieya.

“assalamualaikum”

“waalaikumsalam”

“nie sapa? akak ke aya ?”[lieya bahasakan diri lieya dengan keluarga dengan nama aya]

“aya lah”

“afiq nak minta maaf kalau ada silap selama ini. halal segala hutang ye”

“aya pun minta maaf juga kalau ada silap. halal semua ye”

“nak minta maaf juga sebab tak boleh nak bawa balik tudung yang aya pesan tue. lain kali ye aya”

“tak apa lah”

“aya jangan nak lawan kata ma ye. mak kita tue, kite kena lah jaga hati dia. dia yang jaga kita selama nie. kalau boleh bila ma suruh buat terus ye”

…………..

“insyaallah”

bila dengar pesanan dari abang lieya, rasa sebak sangat dekat dada.

Ya Allah, Kau panjangkanlah umur abang lieya. Kau selamatkanlah perjalanannya dalam menemuMu Ya Allah.

Ya Allah, jangan biarkan hambaMu itu tidak sempat untuk menatap wajah ibunya lagi. jangan biarkan hambaMu itu tidak sempat untuk mengucup tangan dan muka ibunya lagi.

kawan-kawan, lieya tidak berharap tapi besar manalah doa itu untuk diungkapkan. hanya secebis doa lieya harapkan dari semua untuk abang lieya yang akan berangkat ke Makkah.

semoga Engkau permudahkan perjalanan Afiq Hazim bin Ab Rahim dalam bertemu denganMu. Amin.

 

524033_401904603205725_1003780615_n

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

taip juga entry nie biar pun dengan menahan air mata dari mengalir.

Diary Ramadhan #Day 9

 

Assalamualaikum. :D

Hari nie lieya moody sikit.

hurmm. masa buka puasa dengan solat terawih pon lieya tak banyak cakap.

habis solat terawih, mummy cakap nak singgah pasar malam kejap. nak beli kain sembahyang kata mummy.

sampai dekat pasar malam ramai nya orang memang tak tahu nak cakap apa.

solat terawih ke tak dia orang semua nie.

fikir baik lieya. :)

dia orang solat terawih cuma cepat habis jer. owh… :D

ronda-ronda kejap then terus balik ke rumah memandangkan daddy dah merungut lapar.

al-maklum lah berbuka tadi pun dengan kuih jer. mana nak kenyang nya.

hari nie mummy lieya masak nasi kerabu.

dah lama tak makan yang mummy lieya masakkan. sedap sangat. :D

mummy cakap dekat lieya yang daddy tanya kenapa lieya senyap jer hari nie. mummy pun jawab yang lieya kena serangan angin timur laut.

haishhh. macam-macam lah mummy nie.

Alhamdulillah. malam nie tadarus dah baca sampai juz 9. dalam mengantuk mummy, dalam terlena nya daddy tika tadarus akhir nya berjaya juga kami sekeluarga menghabis kan 1 juz. Alhamdulillah.

:D

ok lah. nanti lieya sambung lagi ya.

images (1)

----> Iklan 2 minit <-----

 

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Diary Ramadhan #Day 8

 

Assalamualaikum. =)

Alhamdulillah. hari nie kita dah masuk hari yang kelapan berpuasa. :)

makna nya lagi dua hari kita nak menghabis kan fasa yang pertama.

apa fasa pertama nie?

fasa pertama nie ialah fasa kerahmatan. dan ianya berada di malam 10 malam pertama. masa nie lah kita nak minta rahmat yang cukup besar.

ok.

malam tadi terawih di Qaryah Ramadhan.

Alhamdulillah. still lagi dapat merasa solat terawih yang menusuk ke hati.

lepas terawih ada Akademi Tarannum.

ingat dapat tengok tapi tak dapat sebab daddy nak balik awal.

ok lah. mengantuk sudah. :D

jom get ready untuk fasa yang kedua. :D

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Diary Ramadhan #Day 7

 

Assalamualaikum. =)

actually, lieya da tak tahu nak kongsi apa.

selalu nya lieya tulis benda yang sama jer. [sila baca entry-entry yang lepas ya]

hehehehe.

ok lah. tak da pape malam nie.

cuma nak cakap yang lieya dah mula nak menjahit baju kurung sendiri.

doa kan moga lieya berjaya tau.

nanti dah siap lieya post baju kurung yang lieya jahit sendiri ya. :D

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

 

 

 

Diary Ramadhan #Day 6

 

Assalamualaikum. =)

hari nie dan hari-hari seterus memang lieya dan family tak akan berbuka di masjid da. kenapa? sebab kalau berbuka di masjid takut pula tercekik tulang ayam ikan segala bagai tue semata-mata nak kejar solat maghrib berjemaah.

so, solution dia daddy kata berbuka di rumah then pergi ke masjid yang lambat mula solat maghrib. lepas tue terus ke Qaryah Ramadhan.

hari nie hari perasmian Qaryah Ramadhan. Tuan Guru Nik Aziz yang merasmikannya.

hari nie lieya dan family terlambat sikit jer sampai di Qaryah tue tapi ya Allah, ramai nya memang tak tahu nak cakap apa.

selalu nya lieya dengan mummy solat dekat dalam. tapi malam nie lieya dengan mummy terpaksa solat di luar di sebab kan ruang solat tue telah di penuh dengan muslimat-muslimat lain. sampai kan terpaksa hampar tikar untuk yang sampai lewat dan tak dapat tempat dalam saff solat.

ramai sangat. mungkin sebab ada tuan guru tue yang ramai tue.

esok di Qaryah, program sepetang bersama Imam Muda Fakhrul.

siapa blogger yang duduk di kelantan, jom kita ramai-ramai memeriahkan Qaryah Ramadhan kita tahun nie. :D

sapa nak dapat canon free? click sini.

 

 

 

regards,

lieyasyaira

p/s : abang lieya yang di mesir belum berangkat ke makkah lagi. ingat kan da pergi da. rupa nya tiket tunda. patut lah selalu nampak dia on9.

Diary Ramadhan #Day 5

 

Assalamualaikum. =)

Semalam lieya berbuka di rumah. tapi macam tak dijemput jer berbuka di rumah. hurmm

tapi tak apa. lieya langsung tak kisah.

termasuk semalam dah 2 hari hujan lebat time berbuka. Alhamdulillah. Rahmat Allah. :D

semalam, disebabkan lieya tak ikut mummy berbuka puasa di masjid so, lieya kena lah ikut kakak lieya solat terawih di surau dekat taman perumahan lieya nie.

not bad la. biar pun tak boleh nak tanding dekat Qaryah Ramadhan tue.

dan malam tue lepas terawih seperti biasa tadarus dengan family lieya.

yang lucu nya, mummy dengan daddy lieya selalu jer nak bergaduh dalam mencari kesalahan masing-masing dalam tadarus.

:D

happy bila berada dalam suasana macam tue.

tunggu abang lieya seorang lagi balik malaysia baru lah meriah sikit rumah.

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

p/s : kepada abang lieya yang sedang menjalani ibadah puasa sambil membuat ibadah umrah, semoga selamat dalam perjalanan ya. jealous nya, lieya dah lama teringin nak bertemu dengan kekasih kita yang Satu tapi still lagi tak ada rezeki. tak apa lah. nanti ada lah tue rezeki lieya. Amin.

 

Diary Ramadhan #Day 4

 

Assalamualaikum. ツ

tak ada benda nak cerita sebenar nya. cuma semalam hujan lebat sangat.

masa on the way ke Qaryah Ramadhan tue, dah nampak dah langit gelap. tetap juga nak pergi sebab imam terawih baca best biar pun lama.

5 minit sebelum berbuka, hujan turun dengan ribut yang kuat.

semua yang duduk di bahagian tepi terus melarikan diri masuk ke dalam.

basah. bukan setakat basah, banjir sekali dekat khemah tue.

ok. stop cerita pasal hujan.

lepas habis solat terawih, lieya keluar lah dari tempat solat tue dengan mummy lieya.

tengok-tengok selipar.

cari-cari selipar.

tak jumpa.

rasa nya lieya da letak dekat tempat yang sama.

mummy lieya sempat cakap dekat lieya, balik dengan kaki ayam jer la.

haishhh. nie yang bikin hati lieya panas nie.

lieya tak putus asa. lieya cari juga. lieya pergi dekat sudut then JUMPA!

ayoyo. makcik pakcik, kalau nak guna selipar lieya, lieya kasi jer. dengan ikhlas hati lieya kasi pinjam untuk ke tandas tapi letak lah dekat tempat asal.

ponat eden mencari nyo~ [haaa~ kan dah ‘ter’cakap loghat negeri sembilan]

ok lah.

nanti lieya sambung lagi ya. :D

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira.

Diary Ramadhan #Day 3

 

Assalamualaikum. :D

Semalam lieya dan family lieya buka puasa dan solat terawih di Qaryah Ramadhan di perkarangan Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, Kelantan.

Sampai sahaja kat sana, terpana kejap lieya. Ramai yang amat rakyat jelata di sana. [padahal dah datang awal dah]

tak percaya?

cuba tengok nie.

berbuka puasa di qaryah ramadhan kelantan 1432 stadium sultan muhammad ke 4

gambar belas ihsan dari *pak cik google

hah~ percaya pun. :P

solat terawih pun penuh jer khemah tue.

284257_10150279121108340_4130101_n

gambar belas ihsan *pakcik google

ya Allah. damai nya hati lieya ketika solat terawih tue. Alhamdulillah. :)

balik dari solat terawih daddy tiba-tiba jer buat muka masam. *merajuk dengan mummy la konon.

huhuhu.

kenapa?

sebab sudah 2 malam family lieya tak tadarus. alasan mummy, mummy ngantuk. tue yang sampai daddy tarik muka masam tue. :D

lastly, mummy terpaksa mengalah dan tadarus habis dalam pukul 12.30 pagi.

huihhh~ ngantuk tau.

ok lah.

nanti lieya update lagi diary ramadhan lieya nie ye.

-------> Iklan kejap <------

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

 

Diary Ramadhan #Day 2

 

Assalamualaikum. :)

sebenar nya semalam lagi lieya nak update tapi tak sempat. hurmm

semalam umat islam di malaysia telah pun berpuasa. kalau di timur tengah start hari jumaat lagi tau.

ok. pagi semalam, daddy telah mengisytihar kan satu peraturan baru dekat rumah.

apa?

SEMUA KENA PERGI SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI MASJID. :D

huhuhu. then, lieya pun pergi lah dengan family lieya. Alhamdulillah. Syukur sangat dapat berjemaah di masjid.

yang paling tak tahan nya. waktu subuh kan still tak ada orang lagi di jalan raya, so, dengan selamba nya daddy telah melanggar traffic light. [nak cepat punya pasal]

39700_423192879799_8328130_n

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Doa~

 

Assalamualaikum. :)

images

 

^____^

 

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Diary Ramadhan. #Day 1

 

Assalamualaikum. =)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. ^^

haip. :P mesti semua orang dah selesai solat terawih kan? berapa rakaat? mesti 20 kan? ngaku jer lah. kamu semua kan budak rajin dan budak baik. mesti buat 20 kan? :P

hehehe. :D

happy. itu jer yang mampu lieya luahkan buat masa sekarang. why? sebab lieya still lagi boleh berpuasa. still lagi boleh bersolat terawih dan still lagi boleh bertadarus bersama keluarga. :) Alhamdulillah.

tak tahu nak tulis apa untuk diari hari ini.

cuma nya, tadi lieya ingat terawih kat masjid tadi buat 8 rakaat jer tapi buat banyak sikit dari 8. [bukan ke tahun lepas pun kau solat terawih dekat masjid tue ke? buat-buat tak tahu pula lieya nie. :P] bukan buat-buat tak tahu tapi lieya lupa la. :P daddy kata esok dekat masjid lain pula. daddy kata tahun nie daddy nak buat kembara terawih di seluruh masjid di kota bharu. best nya~ entah masjid mana la pula daddy nak bawa lieya sekeluarga esok.

tadarus malam ini tak sempat nak buat. memandangkan lieya sekeluarga sampai di rumah dah pukul 11 lebih. mummy pun dah mengantuk sangat. so, tadarus DITUNDA pada pagi esok selepas subuh. :) harap dapat habiskan 30 juzu’ seperti tahun lepas juga. Insyaallah. :D


for abang, mesti abang penat kan? baru sampai rumah terus pergi masjid untuk terawih. tak apa abang. mujahadah itu kan manis. :)

well, salam ramadhan al-mubarak abang. :D


“Moga Allah menjadikan Subuhmy CAHAYA, Zohormu GEMBIRA, Asarmu BAHAGIA, Maghribmu KEAMPUNAN, Isyakmu KEBERKATAN. Dan doamu tidak ditolak, Dan diluaskan rezekimu, dan ianya tidak diambil balik. Dan dibuka padamu pintu syurga tanpa sempadan. Andai ini Ramadhan terakhir buat kita, moga ianya dipenuhi keberkatan Ilahi. Laluilah Ramadhan dengan hatimu bersujud hanya kepada Allah. =)”

*sebelum tidur jangan lupa niat tau.

~Sahaja aku berpuasa sebulan di bulan Ramadhan kerana Allah Taala.~

 

 

 

regards,

lieyasyaira

p/s : alamak! tugasan menjahit yang cikgu beri tak siap lagi. esok cikgu dah nak check. harap dapat siapkan before class esok.