lieya here ^-^

My photo
hanya meluah segala buah fikiran yg agak kalut ... huhu .. dan meluahkn sglanyer dri sudut hati lieya .. lieya just want to be a simple person for everyone who know about me .. ngee ~!

teman-teman lieya

Showing posts with label tazkiraa.... Show all posts
Showing posts with label tazkiraa.... Show all posts

Seru? Seruan?

 

Assalamualaikum. =)

 

387983_435474766491755_393139856_n

 

tak tahu or buat-buat tak tahu. :D

so, apa guna nya Al-Quran yang kita ada tapi tak baca.

recite it then you can feel it deep in your heart. ®

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Dari 1000 Hanya Tinggal 20 Sahaja

 

Assalamualaikum. =)

 

387544_238228022898769_337262123_n

 

Wahai sahabat² seagama denganku .. Tolonglah ambil masa 3 minit untuk baca note ini . 3 minit je, tak lama pun ..
Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi ..

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih …

Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah ..

Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam ..

Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun ..

Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” ..

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri ..

Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu ..

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang boleh lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” ..

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana ..

Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas ..

Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. “

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“ Lawak , kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "

Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..

Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain .. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam .. Sebarkanlah .. Tak perlu minta izin .. Moga bermanfaat ..

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Everywhere! Anywhere!

 

Assalamualaikum. =)

 

552062_10151078525499496_1443880386_n

kita boleh solat dekat mana-mana jer tau.

di mana-mana sahaja asalkan tempat teersebut tak ada najis. =)

tapi, kenapa lieya tengok dekat malaysia, bila tak jumpa masjid or tak sempat sampai di rumah, dah nak skip solat?

tahu kah anda meninggalkan solat secara sengaja akan menyebabkan diri anda kafir or murtad?

dan hukumnya adalah haram dan berdosa besar.

[Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perjanjian di antara kita orang Islam dan orang kafir ialah solat dan sesiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir.”] (HR al-Tirmidzi)

[Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya yang membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat".] (HR Muslim)

haaa~

apa lagi yang nak kita menidakkan kewajipan solat fadhu ke atas kita. semua nya telah terang lagi bersuluh. :)

so, apa yang baik dari Allah S.W.T yang disandarkan pada diri lieya, dan yang buruk itu adalah dari diri lieya sendiri. :)

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

Ingat Senang ke?

 

Assalamualaikum. =)

625620_278027352313543_1938404918_n

credit to http://fatinhambahina.blogspot.com.

ingat senang ke nak minta apa-apa dari Allah.

nak minta dengan manusia pun kita bersungguh-sungguh tak kan lah bila nak minta dengan Allah kita buat sambil lewa jer.

nak doa pun kena khusyuk tau. bukan solat jer kena khusyuk.

nie masa solat pun boleh lagi fikiran melayang apatah lagi berdoa, confirm tengah teringatkan apa yang nak buat lepas nie, kan?

“Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentangKu, katakanlah bahawa sesungguhnya Aku ini dekat, Aku dapat mengabulkan permohonan orang yang berdoa padaKu jikalau ia telah memohonkan itu padaku,…”

[Al-Baqarah : 186]

tapi ingat, Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. jadi bila doa kita tidak dikabulkan itu bermakna ada yang terbaik untuk diri kita dari apa yang kita minta itu. :D

 

Salam Ramdhan ke-10. :)

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

 

 

 

 

 

6 Sifat Golongan Orang Beriman

 

Assalamualaikum. :D

 

“Wahai orang-orang yang beriman! Barang siapa di antar kamu yang murtad (keluar) dari agamaNya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya dan bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah yang diberikanNya kepada siapa Dia menghendakiNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya), Maha Mengetahui.”

[Al-Maidah : 54]

 

Pertama : Allah mencintai mereka. :)

Allah cinta pada kita. Allah cintakan setiap hamba nya. tapi, adakah kita ini layak untuk dicintai oleh Allah setelah diri kita berlumuran dengan dosa? Tanya pada diri. Kita ingin kan cinta Allah tapi dapatkah Allah mencintai kita dengan diri kita yang selalu melakukan dosa?


Ada 1 kisah. Suatu ketika di medan Khaibar, ketika Rasulullah mengkhabar kan tentang penyerahan panji dan bendera kepada seseorang yang sangat dicintai oleh Allah SWT.

Rasulullah SAW berkata,

“Sungguh, aku akan menyerahkan panji ini besok, – dalam riwayat lain disebutkan beliau telah bersabda, ‘ Sungguh laki-laki itu akan mengambilnya –kepada laki-laki yang dicintai Allah dan RasulNya.”

“Malam harinya, semua orang tidak dan memikirkan siapa di antara mereka besok akan diserahkan panji itu.”

Bahkan Umar Bin Khattab berkata,

“Aku tidak mengharapkan kepimpinan kecuali saat itu.”

Keesokkan nya Rasulullah menyerahkan panji tersebut kepada seseorang yang sangat dicintai oleh Allah iaitu Saidina Ali.


Sampai begitu sekali pemilihan penyerahan panji tika itu. Kita? Apa yang boleh melayakkan diri kita untuk menjadi hamba yang dicintai Allah SWT?

 

Kedua : Mereka juga mencintai Allah SWT.

Ungkapan senang untuk diucap.

“I Love Allah”

“Saya Cinta Akan Allah”

namun adakah ibadah kita ikhlas hanya untuk Allah?Sedangkan dalam solat pun sempat kita berfikir tentang apa yang akan kita lakukan selepas ini.

namun adakah ungkapan itu menusuk ke kalbu kita?

 

Ketiga : Bersikap lemah-lembut terhadap orang-orang beriman.

Lihat pada diri kita sendiri.

Adakah kita tak pernah bergaduh dengan sahabat kita? Pernah kan?

Dengan sahabat pun kita tak mampu nak berlemah-lembut macam mana kita nak berlaku lemah-lembut dengan masyarakat sekeliling.

 

Keempat : Bersikap tegas terhadap orang-orang kafir.

Jangan berlembut dengan orang-orang yang bukan Islam.

Kena ada sikap yang tegas bila berdepan dengan mereka.

Andai kita lembut, kuatir akan terjatuh ke tangan mereka.

 

Kelima : Yang berjihad di jalan Allah.

Jangan gentar untuk melaungkan Takbir di hadapan musuh sahabat sekalian. :)

Andai di bunuh di jalanNYA, syurga ganjarannya. Apa lagi yang kita impikan selain syurga sahabat sekalian?

Ingatlah, akan tiba suatu masa nanti Islam pasti akan menang. Insyaallah.

 

Keenam : Yang tidak takut terhadap celaan orang-orang yang mencela.

 

Sekian dari lieya.

yang mana yang baik datang dari Allah, yang buruk itu adalah dari diri lieya sendiri.

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

 

 

 

 

 

 




 

Don’t Judge a Book by It’s Cover

 

Assalamualaikum. ;)

macam mana puasa hari nie? semua ok ke? Alhamdulillah.

kali nie lieya nak share 1 post yang lieya jumpa dekat facebook.

fb 1

apa lagi yang Lia kata? jom lihat sini.

fb 2

Istighfar lieya baca post nie.

fb 3

tengok. last sekali Lia tue da tak mampu nak jawab apa. Tahniah pada Suri sebab dah cuba yang terbaik untuk bagi nasihat pada si Lia nie.

haaa~ satu lagi.

sebelum nak post apa-apa dekat facebook tue cuba lah fikir dulu. nie tak main terjah jer.

Syurga Neraka bukan di tangan kita. Semua nya di tangan Allah.

please~

mungkin bukan semua wanita berhijab mempunyai iman yang mantap tapi mereka semua telah sedaya upaya untuk berlaku baik. Mana ada manusia perfect di dunia.

tak semua yang betul. dan hamba Allah itu tidak pernah lari dari berlaku kesilapan.

sekian tazkirah asar dari lieya~

-----> Iklan kejap <-----

 

 

 

 

regards,

lieyasyaira

setahun sudah. ^-^

 

assalamualaikum. =)

hyep. setahun sudah. =). apa dia? setahun sudah hubungan lieya dengan abg. hope kekal sampai bila2. Amin~

love

hehe. lieya da pilih hadiah. just tunggu nk order and bayar and tunggu dia hantar kan ke rumah abg. heee. tak sabar nya. lalalala~ tapi abg tak tahu lagi hadiah apa yang lieya pilih dan lieya pun tak nak cakap dekat sini. takut nya abg tetibe jer nak buka blog kang tak memasal jer kantoi hadiah apa yang lieya pilih.

ok. right now lieya tengah happy sangat2. why? sebab tak lama lagi lieya nak jejak tanah air tercinta. lalalala~ 5/6 tarikh keramat. tarikh lieya pulang ke tanah air. tak sabar sangat2.

tadi, lieya da settle kemas buku letak dalam kotak. nanti dah tak perlu nak kalut nak kemas nie la, nak kemas tue la. habis exam, lieya just kena kemas baju jer. that’s all. yang lain2 dah tak perlu dah. ok lah. lieya nak off dulu. nanti lieya update lain kali la ea.

 

 

 

 

 

luahan hati lieyasyaira,

0339 a.m waktu jordan,

13 may 2012

p/s : happy anniversary abg. =). hihihi. ulangtahun nya semalam 12/5 tp entry nie lieya tulis lambat sikit.

btw, lieya tak puas hati sebab baju lieya habis kena kulat. aduiii, tak larat la lieya nak membasuh baju yang semakin bertimbun tue. =_=’

Life Like Puzzle

assalamualaikum.

^-^. dah lama kan lieya tak update blog.

sebenar nya minggu lepas nak post something tapi tak sempat sebab lieya ikut program persatuan pi jalan2.

and malam nie hati lieya terdetik nak post something.

“Life Like Puzzle”

hahaha. lieya macam nak gelak jer. oppsss. gelak bukan sebab quote tue but gelak sebab lieya selalu jer tukar quote sal life nie. sebelum nie lieya ade kaitkan kehidupan dengan pokok and now ‘life like puzzle’. tapi bagi lieya dua2  mempunyai maksud yang tersirat yang sama jer.

puzzle

 

sometimes, life is nothing but life is everything when u know how to achieve mardhatillah.

sometimes, hidup ini membuka banyak persoalan tentang diri kita sendiri sampai terkadang kita lupa untuk bersyukur kepada pencipta kita.

sometimes, catur2 kehidupan lah yang memberi kita inspirasi tentang kemanakah jalan yang harus kita ikut.

sometimes, bila kita tersalah langkah kita mula berfikir untuk berpatah balik dan membuka langkah baru untuk memastikan langkah yang kita ambil itu adalah langkah yang terbaik dalam hidup kita.

sometimes, bila kita bingung baru lah kita sedar yang diri kita sudah jauh tertinggal dari redha ALLAH.

sometimes, sometimes and sometimes.

sampai 1 masa bila anda menyusun puzzle, anda akan lihat diri anda sendiri di dalam puzzle tersebut. mencari2  dimanakah harus kita cari serpihan2 yang betul untuk kita cantum.

mencari2 jalan yang betul dalam perjuangan hidup.

mencari2 diri kita yang sebenar nya.

mencari2 kemanakah hilang nya serpihan diri kita yang kita cari.

sedar tak sedar dalam pencarian itu anda menjumpai serpihan2 tersebut dan mencantum nya sampai menjadi sesempurna yang kita ingin.

pernah kah kita fikir, andai serpihan ini tidak lengkap sempurnakah puzzle tersebut, sempurnakah hidup kita dan sempurnakah diri kita ini.

tepuk dada tanya iman. =)

selamat malam warga jordan and selamat pagi warga malaysia.

luahan hati lieyasyaira,

29 january 2012,

2.48 a.m waktu jordan.

p/s : entry ini dah lama lieya tulis buat tak pernah habis kerana ketandusan idea. and right now i;m waiting for abg. =_= (ngantuk sudah)

 

mEnGeNaL eRtI cInTa


Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.
Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai.Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya.Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti.Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.
Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”
- Saidina Umar Ibnul Khattab -

kenapa aku ??

salam
hurm .. sbnrnye en3 nie da lme da layyinul nk tulis
ermm .. skrg nie gundah jer hati layyinul .. sedih sngt ... x prnh lg layyinul rse yg layyinul akan kecundang sbgni .. ya allah .. btul2 layyinul kate sjak mngu lps air mata layyinul x brhnti2 dri mngalir .
x prnh layyinul rse yg layyinul da mnghncurkn hati ma abah layyinul ..
ble trjdi sumer nie kite akn brtnye " kenapa aku ??" .. " kenapa sumer nie trjdi kt aku ??" .. knpe , knpe dan knpe ... tp sdrkh kite yg ALLAH itu hnye ingn mnguji kesabaran kite ..
ALLAH maha mengetahui ape yg trbaek tuk kite .. dan ALLAH mengetahui adkh kite mmpu tuk memikul sgle ujian yg ALLAH berikn kpd kite ...
pkr2 kn la ..
kite mnta kpd ALLAH bunga mawar yg cntik nmun ALLAH brikn kpd kite bunga kaktus yg brduri .. dan kite mnta kpd ALLAH seekor rama2 yg cntik nmun ALLAH brikn kpd kite seekor ulat ..
pkr2 kn la ayat nie dan phmi la sumer yg ALLAH trunkn pd kite psti ade sinar nye .. 
=)

bErBaLaSkAh CiNtAkU

 salam .. kali nie layyinul nk kongsi 1 artikel yg layyinul dpt kt fb ...

"Kita selalu mengucapkan cinta kepada ALLAH. Tetapi pernah tak kita terfikir, adakah ALLAH juga cinta kepada kita?"kata-kata suami di suatu petang, cukup menyentak jiwa ini.

Berapa ramai manusia yang mengharap dirinya jatuh cinta, lalu setelah merasakan dirinya dicintai, membalas pula huluran kasih itu dengan cinta yang serupa. Maka jadilah mereka dua insan bercinta, saling kasih mengasihi.

Alangkah indahnya kala cinta bersemi, lebih indah bila kasih yang diberi berbalas cinta sejati.

Sebaliknya, bila cinta tidak dihirau, kasih dipandang sepi, bagai bertepuk sebelah tangan, kesakitan yang menjalar dari itu umpama menghulur sebungkus hadiah, tetapi akhirnya ia ‘mendarat’ di tempat sampah.

Sungguh pedih dan menyakitkan perasaan!


CINTA ALLAH
Namun, itu adalah tamsilan cinta sesama manusia. Tentu sahaja interpretasinya tidak sama dan sangat jauh berbeza dengan cinta kepada ALLAH Yang Maha Mencipta.

Kerana, cinta ILAHI bukan sebagaimana cinta Romeo terhadap Juliet, yang berpenghujung dengan kematiannya.

Cinta ILAHI bukan laksana cinta penuh rindu dendam dari Qais kepada Laila, sehingga hidupnya berpanjangan derita siang dan malam.

Juga, cinta ILAHI bukan umpama luahan cinta seorang jejaka kepada gadis yang diidam-idamkannya, sehingga ketika penolakan yang diterima, maka mengalirlah airmata dan hancurlah jiwa.

Sesungguhnya ALLAH SWT itu Maha Kaya. Maha suci DIA dari segala kekurangan cinta yang ada pada cinta manusia.

Andai cinta manusia banyak berakhir dengan kehancuran, rindu sesama mereka berisi kedukaan dan penderitaan, kasih yang diharapkan hanya berbalas curahan airmata dan menghancurkan jiwa, maka cinta ALLAH adalah sebalik dari semua itu.

Cinta ALLAH pasti berakhir dengan kebahagiaan.

Menyintai dan merindui-NYA berisi ketenangan dan kedamaian.

Rasa kasih kepada-NYA, walau masih mengalirkan airmata tetapi ia menghidupkan jiwa seumpama air hujan menyirami pepohonan.

Akan tetapi, berapa ramaikah yang mengambil berat akan ungkapan cinta kepada-NYA beriring rasa khuatir dan bimbang, akan berbalaskah lontaran cinta mereka kepada-NYA?


MAKNA KEHIDUPAN
Pada saya, jawapan kepada persoalan ini banyak dipengaruhi oleh bagaimana mereka menemukan hidup dan memandang nilai kehidupan.

Kita selalu mendengar beragam pendapat masyarakat ketika mereka ditanya apakah makna kehidupan di dunia ini. Sebahagian mengatakan kehidupan dunia ini ibarat pentas teater.

Pada satu-satu persembahan, beragam karektor dan watak akan dimainkan, ada peranan protagonis juga peranan antagonis. Ada orang yang kaya, ada pula orang yang miskin.

Di satu ketika lainnya, muncul peranan imam yang alim dan taat, dihangatkan pula dengan watak pembangkang, pemerintah yang zalim dan menindas rakyat. Lebih meriah setelah itu, penampilan watak penyelamat yang dijulang sebagai wira yang hebat dan lain-lain lagi. Ringkasnya, watak-watak yang diketengahkan banyak menyerupai kehidupan realiti.

Namun, apa yang ditampilkan diatas pentas teater itu hanya pura-pura, bukan satu kebenaran. Kalau ada yang kaya, dia bukan kaya sebenarnya, pun kalau ada yang miskin, kemiskinannya juga satu kepalsuan.

Justeru, bayangkan bagaimana andai kehidupan ini disamakan dengan watak para pelakon di pentas teater. Sudah pasti, kita akan mendapati orang yang taat kepada ALLAH, tapi taatnya hanya satu penyamaran. Taatnya hanya bila ada keperluan, taatnya hanya disaat ditimpa kemalangan, taatnya hanya kerana inginkan sanjungan.

Alangkah meruginya orang yang berpura-pura taat ini kerana ALLAH SWT hanya akan menerima ketaatan yang didasari keikhlasan dan ketulusan.

Tidak kurang juga, sebahagian yang lain mengatasnamakan kehidupan ini seumpama sebuah perjuangan, yang lazimnya diisi dengan sesuatu bersifat 'peperangan dan pertempuran’, sehingga mereka yang memaknai hidupnya sebegini, sering terasak dengan pengisian makna yang mereka letakkan sendiri.

Kehidupannya selalu diwarnai dengan ketidaktenangan, mereka seakan selalu merasa berhadapan dengan persaingan. Akibatnya, tidak kurang individu yang hidupnya jauh dari kedamaian, jauh dari ketenangan, juga jauh dari rasa persahabatan.


MEMAKNAI KEHIDUPAN
Memang benar, setiap orang berhak memiliki pandangan yang berbeza tentang bagaimana mereka mahu memaknakan kehidupan ini, namun andai direnung secara mendalam apalah yang ada pada sebuah panggung teater, yang wataknya hanya satu penyamaran. Apalah pula yang dapat dibanggakan pada sebuah perjuangan, andai ia sekadar pertempuran tanpa berpandu ajaran TUHAN.

Kerana itu, sudut pandang yang benar tentang kehidupan dan menepati kehendak ar Rahman adalah, kehidupan ini tidak lain hanyalah satu pengabdian kepada-NYA lantaran seorang ‘hamba’ sangat menyedari kedudukannya di sisi ‘TUAN’nya yang dipandang terhormat lagi mulia.

Firman ALLAH SWT :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Maksudnya : “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” ( Surah az Zaariyat ayat 56 )

Keadaan inilah yang memudahkannya untuk menerima sebarang pertanggungjawaban baik ia berupa perintah yang wajib dilaksanakan, mahupun larangan yang mesti dijauhkan.

Dia tidak terbeban ketika ALLAH SWT mewajibkan ke atas hamba-hambaNYA untuk melaksankan syari’at, bahkan ketika ALLAH menyuruhnya untuk mengorbankan harta, menahan lapar dan dahaga dan seumpamanya, maka ia dengan rela dan ikhlas melakukan itu semua tanpa keluh kesah dan rasa terdera.

Begitu juga, ketika mana ALLAH SWT memerintahkan agar menjauhkan diri dari larangan-NYA, sungguhpun perkara tersebut sangat diinginkan oleh nafsunya yang membara, ia berusaha untuk menjauhkan diri bahkan menghampirinya juga tidak sesekali.


‘UJIAN’ CINTA
Justeru itu, ALLAH SWT mewar-warkan di dalam firman-NYA:

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya :"Katakanlah: ""Jika kamu (benar-benar) mencintai ALLAH, ikutilah aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Dan ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." ( Surah ali Imran ayat 31 )

Di dalam hal ini, Imam Hassan al Basri rahimahullah pernah mengungkapkan :

“Suatu kaum mengaku cinta kepada ALLAH, lalu ALLAH menguji mereka dengan ayat ini.”
(Tafsir Ibnu Kathir 2/229 )

Hakikatnya, ‘ujian cinta’ yang ALLAH letakkan pada ayat di atas sangat tepat sebagai penentu dan kayu ukur kepada kebenaran dakwaan yang dinyatakan. Berapa ramai dari manusia hari ini yang mengaku beriman dan menuturkan cinta kepada TUHAN, tetapi masih tega melanggar perintah dan larangan-NYA.

Ditambah pula kesibukan mengejar pangkat dan harta sehingga doa dan munajat kepada Yang Esa semakin sirna. Kebohongan demi kebohongan dilakukan demi meraih tumpuan dan sokongan manusia. Tidak kurang juga mereka yang berbuat kerosakan atas nama agama, memutuskan silaturrahmi, bersifat perkauman dan lebih malang, ada yang mendahulukan kehendak nafsu sendiri dari mengutamakan kehendak ILAHI.

Inikah yang digembar gemburkan sebagai menyintai-NYA?


BERBALASKAH CINTAKU?
Lantaran itu, saban kali mengungkapkan cinta pada Yang Maha Esa, rasa malu akan muncul lebih dulu. Disusuli rasa rindu berbelai tangisan hiba.

Berbalaskah cintaku?

Terkenang beberapa untaian ayat-ayat cinta-NYA, juga ingatan daripada junjungan Rasul yang mulia, sebagai panduan dan pedoman bagi menjawab persoalan yang menerpa.

Firman ALLAH SWT :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ يَخَافُونَ لَوْمَةَ لآئِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاء وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yang ALLAH mencintai mereka dan mereka pun mencintai-NYA, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan ALLAH, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia ALLAH, diberikan-NYA kepada siapa yang dikehendaki-NYA, dan ALLAH Maha Luas (pemberian-NYA) lagi Maha Mengetahui.” ( Surah al Maidah ayat 54 )

Dan firman-NYA lagi :

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلاَ تَكْفُرُونِ

Maksudnya : “Kerana itu, ingatlah kamu kepada-KU nescaya AKU ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-KU, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-KU.” ( Surah al Baqarah ayat 151 )

Juga sabda baginda SAW yang bermaksud :

“Sesiapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi ALLAH hendaklah dia mengamati kedudukan ALLAH dalam dirinya. Sesungguhnya ALLAH menempatkan hamba-NYA dalam kedudukan sebagaimana dia menempatkan ALLAH pada dirinya“. ( Hadis riwayat al Hakim )

Akhirnya, mari kita sama-sama berdoa agar lafaz cinta yang dizikirkan, bukan sekadar manis di bibir sahaja. Bahkan, cinta itu kita buktikan melalui perakuan, perkataan dan perbuatan yang mendekat kita kepada DIA yang kita cinta :

“Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon kepada-MU; perbuatan yang memiliki banyak kebaikan, dan meninggalkan berbagai macam kemungkaran, mencintai orang-orang miskin dan ENGKAU mengampuni serta menyayangiku. Dan jika ENGKAU menimpakan fitnah (malapetaka) bagi suatu kaum, maka wafatkanlah aku dalam keadaan tidak terimbas fitnah itu. Dan aku memohon kepada-MU rasa kecintaan pada-MU, dan cinta pada orang-orang yang mencintai-MU, juga cinta pada amal perbuatan yang akan menghantarkan aku untuk mencintai-MU.” ( Hadis riwayat Ahmad )

Sesungguhnya, tiada yang lebih indah selain beroleh pengiktirafan cinta dari-NYA :

“Jika Allah mencintai seorang hamba maka DIA berfirman: “Wahai Jibril sesungguhnya aku mencintai si fulan maka cintailah dia.” (Riwayat Imam Ahmad)

InI sEjArAh KiTa

salam ... actually layyinul tringt yg layyinul ade jnji nk smbung post yg sal access to islamic thinking ... just xde mse jer .. skrg jer layyinul nmpk jer free jer .. huhuhu ... mmndng kn ampir tiap2 mngu layyinul ade prog ... n layyinul lak cm x jejak tanah jer lari sne ... lari cni ...
huhuhu ...
k la ..
layyinul nk mule tuk sesi pembentangn kertas keje 1 yg dismpai kn oleh ustaz anuar ridwan ... (pljr phd) .. ustaz tue kate kite kne cbe amik cket n pratikkan ape yg kite dpt ... dye ckp kite bukan nye brasl dri monyet sprti ape yg para saintis barat kata kn ... "antum min banu adam wa adam min turrab" .. n manusia tue lhir dlm 2 peringkat ... iaitu peringkt penciptaan n peringkat pembiakan ... peringkt penciptaan hnye la ade 3 jer ...( nabi adam - x mmpunyai mak dan abah , hawa - tnpa mak < knpe hawa tnpa mak sje krne hawa dicpta kn dri tulang rusuk adam > n nabi isa alaihissalam - tanpa ayah ) n nape ALLAH cptakn sifat manusia ? ermmm ... sbb nk tau ati kite nie lemah ke kuat .. dcni .. digmbarkn sifat2 lemah disebalik kelebihan dan kemuliaan penciptaan n kekuatan kite adlh kekuatan iman ...
n kite prlu sedar ape tujuan kite nie dcpta ... 
  • untuk beribadah .. n ibadah nie something yg amat luas n kite x leh terhad kn ea ...
  • sejarah cabaran ibadah ( manusia nie sifatnye cbaran ) contoh dye ... ermm ... nk cntoh ke ? x yah la ea ... bnyk ag nie nk kne tulis ...
cabaran ibadah kite nie akan berterusan ... knpe dye akn brterusan ... sbb nye ibadah kite nie mmbuktikn sejarah iman (sejarah nabi) ... n ianya merupakan ceminan masyarakat ... cabaran ibadah nie akan berterusan smpai ahri kiamat ...

persediaan dlm tuntutan ibadah ...
  • kite kne lkukan persiapan ... iaitu iman adlh bnde pertama( iman dgn akal x semua nya leh matches maka akal lak rasioanal n buat kite percaya ) maka iman - percaya , buat baru dpt rasional n ianya akan meningkat ble kite buat n rsei nye ...
  • persediaan mental , spiritual dan fizikal ... krne sejarah nie akn berulang ( cm roda gtu ) .. so kite kne la sedia mntal ..
  • pembinaan struktur masyarakat (persatuan)
  • penyedian prasarana ibadah ..
k la ... tue jer kowt tue pmbntngn krtas keje 1 nie ... tuk krts keje 2 layyinul tulis kt n3 bru ea ... hehehe ... ( pdhl da mls nk taip da ) k la .. see ya ... salam ..

tanya diri .. siapa kita .. perjalanan anda masih jauh ..


Soalan 1 : Siapakah Juara Akademi Fantasia musim pertama?  
Soalan 2 : Siapakah artis perempuan Hollywood yang menyanyikan lagu "Beautiful Liar"?    
Soalan 3 : Siapakah RAJA LAWAK ?    
Soalan 4 : Berikan satu judul lagu terbaru Anuar Zain?    
Soalan 5... : Siapakah hos untuk rancangan Melodi terbitan TV3?    
Soalan 6 : Apakah nama kumpulan RAP yang terdiri dari 3 orang adik beradik yang terkenal di Malaysia ?    
Soalan 7: Siapakah yang menyanyikan lagu "Gemilang"?    
Soalan 8 : Siapakah nama isteri Beckham?    
Soalan 9 : Siapakah nama laki Siti Nurhaliza?    
Soalan 10 : Siapakah penyanyi kakak Siti Nurhaliza yang bertanding dalam AF6?      


Bagaimana pula dengan soalan di bawah ini....  ???
Berapa banyak pula, saya dan kawan-kawan boleh jawab?    
Semakin jauh kita dari landasan yang sepatutnya.. ......... Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini.

Soal 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur'an?
Jawab: Surah at-Takwir.  

Soal 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.  

Soal 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT?
Jawab: Surah al-Ikhlash.  

Soal 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah wajib?
Jawab: Empat surah (as-Sajdah, Fushshilat, an-Najm dan al-'Alaq)  

Soal 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as?
Jawab: Surah al-Fajr.  

Soal 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran ?
Jawab: Surah an-Nur.  

Soal 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan alhamdulillâh?
Jawab: Lima surah (al-Fatihah, al-An'am, al-Kahfi, Saba ' dan Fathir).  

Soal 8: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki sepuluh nama?
Jawab: Surah al-Fatihah.  

Soal 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid?
Jawab: Abu 'Ubaid Qasim bin Salam.  

Soal 10: Siapakah orang pertama yang telah menerjemahkan Al-Qur'an ke dalam bahasa Persia pada masa Rasulullah saw? Jawab: Salman al-Farisi.  

Soal 11: Siapakah orang pertama yang meletakkan titik di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Abul Aswad ad-Du`ali.  

Soal 12: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak enam kali?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 282.  

Soal 13: Di dalam ayat manakah tata cara berwudhu dijelaskan?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 6.  

Soal 14: Di dalam surah manakah shalat lima waktu disebutkan?
Jawab: Surah al-Isra' ayat 78.  

Soal 15: Di dalam surah manakah masalah wilayah disebutkan?
Jawab: Surah an-Nisa'.  

Soal 16: Surah manakah berakhiran dengan huruf ra'?
Jawab: Surah al-Kautsar.  

Soal 17: Surah manakah yang berhubungan dengan Imam Ali as?
Jawab: Surah al-'Adiyat.  

Soal 18: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Madaniah diturunkan?
Jawab: Sepuluh tahun.  

Soal 19: Siapakah dua figur wanita di dalam Al-Qur'an yang telah banyak mendapatkan sanjungan Ilahi?
Jawab: Siti Maryam dan Siti Asiyah, istri Fir'aun.  

Soal 20: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki arti "wanita yang teruji"?
Jawab: Surah al-Mumtahanah.  

Soal 22: Siapakah dua orang wanita yang telah dicela oleh Al-Qur'an?
Jawab: Istri Nabi Luth as dan istri Nabi Nuh as.  

Soal 23: Siapakah wanita yang telah mendapatkan julukan "ath-Thayibah" (wanita yang berbudi baik) di dalam Al-Qur'an? Jawab: Siti Maryam.  

Soal 24: Surah apakah yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 3.  

Soal 25: Berapa huruf, kalimat dan ayat yang dimiliki oleh ayat terakhir Al-Qur'an?
Jawab: 79 huruf, 20 kalimat dan 6 ayat.  

Soal 26: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Madinah?
Jawab: Surah al-Maidah.  

Soal 27: Surah manakah yang diturunkan terakhir secara keseluruhan?
Jawab: Surah al-Ikhlash  

Soal 28: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Makkah?
Jawab: Surah ar-Rum.  

Soal 29: Di surah manakah terdapat ayat hijab?
Jawab: Surah an-Nur ayat 31.  

Soal 30: Ayat alhamdulillâh Robbil-'âlamîn disebutkan dalam berapa surah?
Jawab: Enam Surah (al-Fatihah, ash-Shafaat, al-Mukmin, az-Zumar, Yunus dan al-An'am)  

Soal 31: Di dalam surah manakah disebutkan lima macam makanan?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 61.  

Soal 32: Di dalam surah apakah Allah membicarakan mengenai diri-Nya?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 186.  

Soal 33: Dalam berapa ayat Al-Qur'an Rasulullah saw disebutkan?
Jawab: Dalam 305 ayat.

Soal 34: Di dalam ayat manakah nama kelima nabi 'Ulul Azmi disebutkan?
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 7.  

Soal 35: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama para nabi as?
Jawab: 6 surah (Muhammas, Ibrahim, Nuh, Hud, Yunus dan Yusuf).  

Soal 36: Di dalam Al-Qur'an berapakah nabi yang disebut sebagai suriteladan yang baik?
Jawab: Dua nabi, yaitu Nabi Ibrahim as dan Nabi Muhammad saw.

 Soal 37: Surah-surah apakah yang dinisbatkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah Thaha, Yasin, al-Muzzammil dan al-Muddatstsir.  

Soal 38: Terdapat di dalam surah manakah Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Belqis?
Jawab: Surah Saba '.  

Soal 39: Surah apakah yang pertama kali diturunkan?
Jawab: Surah al-'Alaq.  

Soal 40: Berapakah ayat dan kalimat yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang pertama kali diturunkan?
Jawab: 7 ayat dan 29 kalimat.  

Soal 41: Surah manakah yang pertama kali diterjemahkan ke dalam bahasa Persia ?
Jawab: Surah al-Fatihah.  

Soal 42: Surah apakah yang pertama kali turun di Madinah?
Jawab: Surah al-Muthaffifin.  

Soal 43: Terdapat di dalam manakah doa pertama Al-Qur'an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 126.  

Soal 44: Ayat apakah yang dibaca oleh kepala terpenggal Imam Husain as di kota Syam?
Jawab: Surah al-Kahfi ayat 9.  

Soal 45: Berapa surahkah di dalam Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah?
Jawab: 4 surah..  

Soal 46: Berapakah kalikah nama Rasulullah saw disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: 5 kali; 1 kali Ahmad dan 4 kali Muhammad.  

Soal 47: Nama nabi manakah yang lebih sering disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Nabi Musa as.  

Soal 48: Kisah Al-Qur'an manakah yang mendapatkan julukan Ahsan al-Qashsash (Kisah Terbaik)?
Jawab: Kisah Nabi Yusuf as.  

Soal 49: Terdapat di dalam surah manakah kisah Isra' dan Mi'raj Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Isra'  

Soal 50: Siapakah satu-satunya wanita yang disebutkan namanya di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Siti Maryam.  

Soal 51: Surah manakah yang kaum wanita disarankan untuk banyak membacanya?
Jawab: Surah an-Nur.  

Soal 53: Surah manakah yang turun berkenaan dengan Sayidah Fatimah az-Zahra as?
Jawab: Surah al-Kautsar.  

Soal 54: Nama surah manakah yang berarti "kaum wanita"?
Jawab: Surah an-Nisa'.  

Soal 55: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama binatang?
Jawab: 5 surah, yaitu an-Nahl, al-'Ankabut, an-Naml, al-Baqarah dan al-Fil.  

Soal 56: Burung apakah yang telah memusnahkan pasukan Abrahah?
Jawab: Burung Ababil.  

Soal 57: Binatang apakah yang telah membinasakan Raja Namrud?
Jawab: Nyamuk.  

Soal 58: Binatang apakah yang pernah mendapatkan wahyu?
Jawab: Lebah (an-Nahl ayat 68).  

Soal 59: Siapakah orang-orang yang telah mengumpulkan Al-Qur'an pada zaman Rasulullah saw?
Jawab: Imam Ali as, Mu'adz bin Jabal, Zaid bin Tsabit, Ubai bin Ka'b dan Abu Zaid Zaid bin Nu'man.  

Soal 60: Siapakah orang pertama yang mengarang tafsir Al-Qur'an?
Jawab: Sa'id bin Jubair.  

Soal 61: Siapakah orang pertama yang mengumpulkan Al-Qur'an?
Jawab: Imam Ali as.  

Soal 62: Apakah minuman terbaik yang disebutkan oleh Al-Qur'an?
Jawab: Air susu.  


 Soal 63: Apakah binatang terkecil yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Nyamuk.  

Soal 64: Apakah malam terbaik menurut pandangan Al-Qur'an?
Jawab: Malam Lailatul Qadr.  

Soal 65: Apakah cara terbaik untuk membaca Al-Qur'an?
Jawab: Tartil.  

Soal 66: Apakah kitab-kitab samawi yang diturunkan pada bulan Ramadhan?
Jawab: Al-Qur'an, Injil, Taurat, Zabur dan Shuhuf.  

Soal 67: Buku apakah yang dikenal dengan sebutan Ukhtul Qur'an (Saudari Al-Qur'an)?
Jawab: Ash-Shahîfah as-Sajjâdiyah.  

Soal 68: Siapakah di antara imam ma'shum as yang memiliki suara yang indah ketika membaca Al-Qur'an?
Jawab: Imam as-Sajjad as.  

Soal 69: Surah apakah yang dikenal dengan sebutan "Jantung Al-Qur'an"?
Jawab: Surah Yasin.

  Soal 70: Terletak di dalam surah apakah ayat Al-Qur'an yang paling pendek?
Jawab: Surah ar-Rahman, yaitu ayat yang berbunyi mudhâmmatân.

  Soal 71: Apakah bulan yang terbaik menurut Al-Qur'an?
Jawab: Bulan Ramadhan.  

Soal 72: Apakah ayat yang terpanjang di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 282.  

Soal 73: Terdapat di dalam surah manakan angka terbesar yang disebutkan di dalam Al-Qur'an? Jawab: Angka 1000 di dalam surah ash-Shaffat ayat 137.

  Soal 74: Kitab apakah yang dikenal dengan sebutan Akhul Qur'an (Saudara Al-Qur'an)?
Jawab: Nahjul Balaghah  

Soal 75: Berapakah kitab samawi yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: 6 kitab samawi, yaitu Injil, Taurat, Zabur, Shuhuf Ibrahim, Shuhuf Musa dan Al-Qur'an.  

Soal 76: Apakah huruf yang lebih sering digunakan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Huruf alif.  

Soal 77: Apakah huruf yang lebih jarang digunakan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Huruf zha'.  

Soal 78: Apakah kalmat Al-Qur'an yang terpanjang dan terdapat dalam surah apa?
Jawab: Fa`asqoinâkumû h yang terdapat di dalam surah al-Hijr.  

Soal 79: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpanjang?
Jawab: 25.500 huruf.  

Soal 80: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpendek?
Jawab: 42 huruf.  

Soal 81: Di manakah surah pertama Al-Qur'an diturunkan?
Jawab: Di Makkah.  

Soal 82: Terletak di manakah ayat pertama yang memiliki sujud wajib?
Jawab: Surah as-Sajdah.

Soal 83: Apakah surah pertama yang dimulai dengan kata "qul"?
Jawab: Surah al-Ikhlash..  


 Soal 84: Apakah ayat pertama yang akan dibaca oleh Imam Mahdi as ketika beliau muncul kembali?
Jawab: Surah Hud ayat 86.  

Soal 85: Surah apakah yang dkenal dengan sebutan Raihânatul Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.  

Soal 86: Surah manakah yang dinisbatkan kepada para malaikat?
Jawab: Surah Fathir.  

Soal 87: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Makiyah diturunkan?
Jawab: 13 tahun.  

Soal 88: Apakah hiasan Al-Qur'an?
Jawab: Suara yang indah.

 Soal 89: Apakah musim semi Al-Qur'an?
Jawab: Bulan Ramadhan.

 Soal 90: Apakah zikir terbaik?
Jawab: Membaca Al-Qur'an.  

Soal 91: Ayat apakah yang diulangi sebanyak sepuluh kali di dalam surah al-Mursalat?
Jawab: Ayat wailun(y) yaumaidzin lil mukadzdzibîn.

 Soal 92: Terletak di dalam surah manakah perintah untuk bershalawat kepada Rasulullah saw? Jawab: Surah al-Ahzab ayat 56    

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.........,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........

Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa......ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia…